Ahad, 6 Jun 2010

BERAPA BULAN TAK BUKA???

fuyoooo... lamanya tak buka blog sy ni.. hahahahahaha... mana taknya, sibuk je memanjang, nak menulis pun tak ada masa.. iyelah, sepanjang sem ni sy tak ada masa nak menulis, kadang-kadang tu cemburu juga tengok kawan-kawan yang rajin menulis blog ada sahaja masa, tapi saya pelik kenapa saya tak ada masa untuk meluangkan masa menulis blog, hehehehe... ramai rakan-rakan bertanya kpd sy, adakah sy sudah berhenti menulis blog, tidak, tapi dalam sem ni banyak sgt perkara yang penting terpaksa sy lakukan.. jadi memang tak ada masa.. insyallah dalam waktu cuti ini sy akan try cuba menulis blog.. apa-apa pun terima kasih kepada sesiapa yang buka blog sy dan maaflah buka aje tak ada maklumat yg terbaru.. huhuhuhu...

Selasa, 16 Februari 2010

OKU - MINTA SEDEKAH.. - BETUL @ TAK NI??






Dalam ruangan kali ini, saya ingin meluahkan ketidakpuasan hati saya bekaitan denagn orang OKU yang meminta sedekah. Masalah terhadap orang OKU meminta sedekah tidak menjadi asing bagi kita. Misalnya, kalau kita ke pasar malam pasti kita akan terserempak dengan orang OKU datang meminta derma. Kenapa yek? Keadaan mereka yang sangat daif, dengan serba kekurangan, menghadapi masalah fizikal dan sebagainya menyebabkan boleh menimbulkan rasa simpati dalam diri. Saya bertanya dalam diri saya, kenapa masalah OKU meminta sedekah masih wujud? Adakah mereka ini tidak diberikan bantuan sewajarnya oleh Pusat Kebajikan? Apa yang menariknya, ada juga segolongan kanak-kanak OKU yang tidak ada tangan , kaki dan sebagainya datang meminta sedekah. Adakah mereka tidak diberikan pendidikan? Kenapa boleh jadi begini, sedangkan negara kita sudah merdeka 50 tahun tetapi masalah meminta sedekah ini masih lagi berleluasa. Bukankah kerajaan telah menyediakan pelbagai pusat kebajikan dan perkhidmatan kepada golongan OKU? Sehinggakan saya sebagai orang normal berasa cemburu sedikit terhadap pertolongan kerajaan kepada golongan OKU, tetapi kenapa mereka masih lagi mengamalkan budaya meminta sedekah lagi??? Persoalan saya disini, adakah pihak-pihak yang berkaitan tidak mengambil serius terhadap peranan mereka?

Cuma bagi saya, masalah meminta sedekah di jalanan perlulah ditangani terutama golongan OKU, kerana saya bimbang jika sebenarnya, golongan yang meminta sedekah ini mempunyai agen sendiri dan mereka berpura-pura, supaya mendapat wang dengan menaruh simpati terhadap masyarakat.

Masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang kebanyakannya bersikap pemurah, tetapi awas sikap pemurah itu boleh dijadikan kesempatan kepada orang lain untuk mengambil peluang jahat mereka. Jadi saya ingin mendengar respon anda, jika anda mempunyai sebarang cadangan terhadap masalah ini, bolehlah kita kongsikan.. ok..


Kata meeze 1 : kalau pergi pasar malam ada 2 jenis orang OKU di jalanan, pertama orang cacat memegang cawan sambil meminta sedekah, yang kedua orang buta bermain muzik sehingga menghiburkan orang lain.


Kata meeze 2 : Hmmm.. kita dok sibuk cakap pasal OKU meminta sedekah tetapi ada setengah orang normal yang sihat walafiat pun minta sedekah.. apa cer??



Bagusnya mamat ni.. satu pekerjaan yang tidak diredhai.. bertaubatlah.. Allah lihat apa yang kita buat...

GILA SIGN LAGU ASL..

Sejak kebelakangan ini saya jadi gila dengan lagu ASL. Ntah la seronok sangat tengok video lagu ASL.. mana taknya gaya, cara penyampaiannya buat saya terhibur, nasib baiklah abang saya beli broadband, jadi peluang berada di rumah ni saya ambil kesempatan buka youtube, maka buka la video2 sign ni.. hehehehe..sikit sebanyak bolehlah belajar tentang ASL.. memang menarik.. jadi kepada rakan-rakan yang belajar bahasa isyarat saya galakkan awak semua buka video lagu isyarat terutamanya sign ASL, banyak gaya dan isyarat kita boleh belajar..

Daripada pemerhatian saya terhadap sign ASL ni, menunjukkan perkembangan bahasa isyarat mereka sudah maju, lihat sahaja la, pelbagai kemudahan isyarat mereka telah sediakan. Selain itu, saya baru tahu rupa-rupanya, ASL bukan sahaja ada orang pekak dan juruisyarat tetapi mereka ada artis ASL mereka sendiri macam penyanyi dan pelakon.

Salah satu faktor yang menyebabkan saya terhibur ialah mungkin dengan gaya dan cara isyarat yang ditunjukkan, betul-betul bersemangat.. isyarat dan bunyi lagu adalah selari, walaupun beberapa perkataan telah dipendekkan.

Disini saya uploadkan sedikit gambar sign daripada penyanyi ASL yang bernama Stephen Torrence, yang berusia 22 tahun, dia normal tapi mahir dalam berisyarat lagu.. seronok sangat tengok gaya dia... apa2pun saya peminat setia dia.. hahahahaha (gurau je..). jadi kalau anda semua hendak tengok video aksi dia layari lah web :-

http://www.youtube.com/user/CaptainValor

Maaflah saya hendak cuba upload video dia tapi tak boleh, lambat dan sangat susah. Apa-apapun selamat menonton dan terhibur bila buka web itu..


-stephen Torrence-


kata meeze 1: sayangnya, malaysia sign lagu masih kurang.. kerana belum ramai kepakaran lagi.. sign lagu negaraku pun masih tak seragam lagi, macam-macam pendapat.. tak tau nak guna yang mana satu..

kata meeze 2 : harap-harap yang pakar dalam BIM tolonglah tetapkan lagu negaraku yang betul, kerana ramai kawan-kawan pekak saya tak ada semangat bila isyarat lagu negaraku, keliru dan tak faham maksud..




Jumaat, 5 Februari 2010

GERAMNYA....

Hmmmm.. lamanya dah tak update blog ni.. rasa geram pun ada.. mana taknya, wireless kat sini sekat penggunaan blog. Sedihnya saya sejak wireless kat IPGIK ini menyekat itu ini, banyak web yang tak boleh buka, hendak buat tugasan pun susah.. Hmmm... apa boleh buat, sabar je la.. hendak lawan pun tak leh, bukannya ada kuasa..
Sekarang ini, terpaksalah meminjam broadband orang kalau hendak taip blog, huhuhu.. sedihnya... :-(

Rabu, 16 Disember 2009

CIKGU BUTA OH CIKGU BUTA (BOLEH BUAT PERGERAKAN ASAS KE?)

Salam dan bertemu sekali lagi kita. Sudah lama saya tidak menjengah blog saya, maklumlah rumah tak ada internet, jadi susah hendak saya mengemaskinikan blog ini. Cuti dalam masa sebulan ini banyak saya habiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Tambahan lagi cutilah masa untuk mengemukkan badan. Hu..hu... badan dah naik sekarang ini, tunggu balik IPGM IK baru dapat kurus balik. Pada minggu lepas saya telah membantu pensyarah saya dalam mengajar pergerakan asas kepada guru-guru yang ambil kursus dalam perkhidmatan. Mereka ini hendak sambung belajar ambil Ijazah, jadi mereka terpaksa belajar dalam waktu cuti sekolah. Bayangkan dalam masa yang singkat cikgu-cikgu ini terpaksa belajar menggunakan silibus satu sem seperti kami dalam masa sebulan. Huhuhuhu... penat woi.. terkejar-kejarlah mereka. Cuma minggu lepas saya diminta oleh pensyarah pj saya Datin Noraini untuk menjadi tenaga pengajar dan bahan ujikaji untuk pergerakan asas. Apa yang menakutkan saya mereka habiskan subjek pergerakan asas dalam masa satu hari, berbanding dengn kami satu sem iaitu selama 6 bulan. Kesiannya... apa lagi penat sangat mereka sampai tercunggap-cunggap cikgu-cikgu ini.. hehehehe..
Apa yang menarik hati saya untuk menulis dalam ruangan blog saya kali ini ialah saya ingin berkongsi pengalaman kepada kalian bahawa guru-guru KDP tu, kebanyakan mereka adalah OKU. Kelas yang Datin Noraini dapat ialah kelas masalah penglihatan. Hampir kesemua pelajarnya adalah golongan buta daripada 20 orang kesemuanya, 11 orang yang mengalami masalah penglihatan. Mulanya, risau juga saya bagaimana saya dan Datin hendak menguruskan kelas ini, yelah, subjek pergerakan asas bukan subjek yang banyak teori tapi praktikel. Dalam kepala saya berfikir, bagaimana hendak memperkenalkan sesuatu pergerakan kepada mereka?, bagaimana mereka hendak menjalankan amali?. Huhuhu.. pening kepala dibuatnya. Namun, hati ini meyakini bahawa golongan OKU mampu melakukannya.
Saya dan Datin pun mulalah mengajar pergerakan asas kepada mereka, mulanya kekok, dan saya tidak sangka mereka boleh buat apa yang disuruh. Malah lebih baik daripada tu. Saya dapat mempelajari bahawa mereka menggunakan kemahiran Orientasi dan Mobaliti yang mereka ada untuk membuat sesuatu prgerakan. Misalnya, pergerakan berjalan, menanggarkan jarak, dan sebagainya. Selain itu, mereka mengesan sesuatu benda berdasarkan bunyi-bunyian. Hasil pemerhatian yang saya lihat bila saya dan Datin mengajar pergerakan menggunakan bola, mereka membalut bola dengan beg plastik supaya mereka boleh mendengar pergerakan bola tersebut. Wow.. hebatnya, ketika itulah hati saya terdetik bahawa ketidaupayaan tidak menghalang sesorang merlakukan sesuatu.
Apabila saya mengajak mereka merlakukan pergerakan aerobik. Mereka sangat seronok merlakukannya walaupun mereka perlukan bimbingan hati mereka bersemangat untuk merlakukannya. Malah semangat dan kekuatan mereka lebih hebat daripada golongan normal.
Setelah habis mempelajari semua pergerakan asas, Datin meminta mereka mengingat kembali pergerakan yang dipelajari supaya dapat diaplikasikan dalam amali. Sekali lagi saya terkejut, mereka dapat mengingat banyak pergerakan asas yang mereka pelajari. Saya melihat Datin begitu bangga dengan mereka. Yelah, walaupun mereka mempunyai masalah penglihatan tetapi mereka mempunyai kekuatan ingatan yang cukup baik.
Akhirnya, pada petang itu subjek pergerakan asas sudah habis dipelajari oleh guru-guru tersebut. Lega hati ini kerana segala apa yang hendak diajar dapat disampaikan oleh Datin dan saya. Dalam perjalanan saya balik ke rumah di dalam LRT saya berfikir, bagaimanakah saya jika saya ditakdirkan menjadi buta? Adakah saya mampu hidup seperti cikgu-cikgu buta tadi? Otak saya jadi gila sedikit saya hendak cuba keluar dari LRT dengan memejamkan mata, tetapi saya terlanggar tiang dan orang yang ada dalam LRT. Apa yang kelakarnya, saya terlanggar perempuan Cina, habis kena marah dengan dia, kerana pejam mata waktu berjalan. Hahahahahaha...
Kesimpulannya, bahawa golongan buta mampu membuat apa sahaja, walaupun mereka tidak boleh melihat tetapi psikologi dan naluri hati mereka sangat kuat daripada kita. Jadi jangan ingat mereka tidak hebat daripada kita bahkan mereka boleh buat lebih baik daripada kita... ;-)



Kata meeze 1 : Kak Suzana salah seorang guru KDP menceritakan kepada saya terdapat rakannya yang low vision boleh memandu kereta dari Johor sampai ke Genting.


Kata meeze2 : Kak Jamiliah dia seorang buta, berasal dari Sarawak, bayangkan boleh sampai ke KL seorang diri. Huhuhuhu... mampu ke, kita melakukannya tanpa deria penglihatan? Hmmm, insafnya diri ini..

Ahad, 22 November 2009

PENYATUPADUAN ANTARA GOLONGAN PEKAK DAN GOLONGAN BUTA

Golongan pekak mempunyai masalah ketidakupayaan untuk mendengar. Manakala, golongan buta mempunyai masalah ketidakupayaan untuk melihat. Oleh itu, jika kita fikirkan secara logiknya, bagaimanakah kedua-dua golongan ini berhubung?. Adakah mereka boleh berkomunikasi secara berkesan? Tentu agak sukar kedua-dua golongan ini menyampaikan masej dan berkenalan antara satu sama lain. Namun, secara realitinya, kedua-dua golongan ini masih mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Perkara ini dapat dilihat di tempat belajar saya sendiri. Melalui aktiviti perjumpaan OKU yang diadakan di IPGM IK menyebabkan berlakunya penyatupaduan antara golongan masalah pendengaran dan golongan masalah penglihatan.


Perjumpaan OKU IPGM IK diadakan tiap-tiap 2 minggu sekali. Perjumpaan OKU ini diketuai oleh sahabat saya sendiri Sitie Sarah yang mempunyai masalah pendengaran dan perjumpaan ini diadakan dengan bertujuan untuk mengeratkan hubungan golongan OKU IPGM IK. Disinilah mereka mengadakan aktiviti bersama dan berkongsi masalah. Namun, bagaimanakah cara mereka berkomunikasi terutamanya golongan masalah penglihatan dan golongan masalah pendengaran? Melalui pengalaman yang saya peroleh cara mereka berhubung terutamanya bila berkomunikasi adalah melalui kaedah berikut :

1) Kaedah juruisyarat : Ketika golongan pekak berucap, terdapat juruisyarat yang akan menterjemahkan apa yang diisyaratkan. Namun, apabila golongan buta berucap jurusyarat pula akan menisyaratkan apa yang diucapkan oleh mereka.

2) Kaedah tulis masej atau penggunaan software JAWS : Apabila golongan pekak dan golongan buta ingin berbincang sesuatu ketika ketiadaan juruisyarat mereka menggunakan cara dengan menaip masej melalui telepon atau komputer riba yang dipasang software JAWS. Kebanyakan golongan buta menggunakan software ini untuk mendengar apa yang ditulis.

3) Kaedah bahasa isyarat : Orang buta akan memegang tangan orang pekak, kemudian orang pekak akan berisyarat dan orang buta dan akan mengenali isyarat tersebut melalui sentuhan.

4) Kaedah bunyi dan visual : Jika golongan pekak ingin memanggil atau ingin menyampaikan sesuatu perkara kepada golongan buta , mereka boleh menggunakan kaedah bunyi yang ringkas dan mudah seperti tepuk, hentak kaki dan sebagai. Manakala, jika golongan buta ingin memanggil atau ingin menyampaikan sesuatu perkara kepada golongan pekak, maka mereka boleh menggunakan kaedah visual, seperti gambar, bahan-bahan yang menarik dan berwarna dan sebagainya.

5) Kaedah Braille : Golongan pekak mempelajari tulisan Braille dan ini akan menyenangkan golongan buta untuk membaca apa yang ingin disampaikan oleh golongan pekak.

6) Kaedah sebutan : Golongan pekak yang boleh menyebut boleh difahami oleh golongan buta kerana sifat sensitif mereka terhadap bunyi dan suara.


Melalui kaedah ini insyallah penyatupaduaan antara golongan buta dan golongan pekak akan erat. Hal ini demikian kerana, di IPGMIK penyatuan antara mereka sangat erat sehinggakan mereka dapat mengenali antara satu sama lain walupun serba kekurangan.


Pada pertengahan bulan, komuniti OKU IPGMIK telah membuat jamuan antara mereka. Mereka telah menjemput golongan normal untuk terlibat sekali. Melalui jamuan ini memperlihatkan ukhwah yang dibina antara golongan OKU terutamanya golongan pekak dan golongan buta. Ukhwah antara mereka sangat erat dan saya berasa sangat bersyukur kerana mereka mempunyai sifat kasih sayang dan keperihatinan antara satu sama lain walaupun mereka serba kekurangan.







Ketika jamuan berlangsung




Ketua OKU memberi ucapan






Penyatupaduan antara golongan buta dan pekak




Pensyarah yang hadir ke jamuan OKU







Sesi potong kek diwakili Kak Amy (masalah penglihatan) dan Kak Raja (masalah pendengaran)




Sebilangan golongan norma yang sudi membantu


Kesimpulannya, terbuktilah bahawa golongan pekak dan buta boleh bersatu jika tahu kaedahnya. Allah memberi akal kepada kita untuk berfikir, jadi kita gunakanlah akal itu sebaik-baik mungkin untuk mendapatkan jalan penyelesaian. Seperti golongan pekak, buta dan sebagainya mampu bersatu jika masing-masing mengetahui peranan mereka. Oleh itu, saya berharap agar masyarakat jangan memikirkan mereka tidak mampu untuk bersosial antara satu sama lain sedangkan mereka merupakan insan yang kreatif dalam bersosial. Sekian...


Kata Meeze 1 : Punca golongan pekak dan golongan buta sukar untuk bergaul ialah orang buta takut nak rapat dengan orang pekak krn malu dan takut tak faham bigitulah sama keadaanya yang dialami oleh orang pekak terhadap org buta.

Kata Meeze 2 : Hmmmm... kadang-kadang orang normal suka memekakkan telinga dan membutakan mata kerana tidak suka mengeratkan ukhwah dan membantu sesama sendiri. Sok-sok Allah tarik nikmat tu, barulah rasa nak sedar.

Ahad, 1 November 2009

JEMAAH TABLIGH PEKAK (Sambungan tajuk "SALAH KE OKU MENERIMA DAKWAH?")

Kali ini ruangan coretan meeze ingin mengulas lebih lanjut mengenai tajuk lepas iaitu “Salah ke OKU menerima dakwah?” Saya ingin membuktikan kepada umum bahawa golongan OKU layak menerima dakwah. Selain itu, saya ingin memaklumkan kepada kalian semua bahawa OKU boleh juga berdakwah dan hebat daripada orang normal.
Pada 31 Oktober 2009 iaitu pada hari Sabtu saya telah pergi ke masjid Sri Petaling. Saya diajak oleh sahabat saya yang bernama Omar untuk pergi ke sana. Pada mulanya, saya mengangak mungkin Omar ingin mengajak saya untuk melihat golongan tabligh dan menimba ilmu di sana. Hal ini demikian kerana, sudah menjadi kebiasaan sahabat saya ini sentiasa merlakukan aktiviti dakwah dan mengajak para sahabat di IPGM IK untuk pergi ke Masjid Sri Petaling bagi menghadiri majlis ilmu. Namun, kali ini Omar benar-benar mengajak saya untuk pergi ke Masjid tersebut. Saya pelik, kenapa Omar begitu semangat mengajak saya ke sana. Rupa-rupanya, Omar menyatakan bahawa Masjid tersebut mengadakan himpunan jemaah golongan tabligh pekak diseluruh Malaysia. Saya pun terkejut dan tidak menyangka terdapat aktiviti sebegitu disana. Sebelum ini apa yang saya ketahui terdapat jemaah pekak disana tetapi tidaklah saya menyangka Masjid tersebut mengadakan himpunan jemaah tabligh pekak di seluruh Malaysia. Saya begitu tertarik dengan ajakan Omar lantas segera untuk mengikutinya pergi ke sana.
Sesampai saya di Masjid tersebut, saya berasa terkejut dan teruja kerana saya melihat begitu ramai golongan pekak tabligh berhimpun di dalam masjid tersebut. Apa yang menarik perhatian saya ialah setiap negeri mempunyai kumpulan tabligh pekak yang tersendiri. Oleh itu, setiap negeri diminta untuk memberi laporan kegiatan dakwah yang mereka lakukan. Apabila golongan pekak tabligh ini memberi laporan dan menceritakan pengalaman dakwah mereka, hati saya berasa menyesal dan lebih respek dengan golongan pekak tabligh ini. Hal ini demikian kerana, walaupun mereka kurang upaya tetapi mereka masih boleh menjalankan kegiatan dakwah dan mengamalkan cara hidup islam yang sebenar berbanding dengan orang normal yang sempurna pancainderanya tetapi malas untuk melaksanakan amal makruf nahi mungkar.
Saya berjumpa dengan seorang jemaah tabligh normal yang sentiasa mengikuti aktiviti dakwah jemaah tabligh pekak ini. (Maaf nama saya tidak ingat) Beliau menyatakan, orang pekak boleh menerima dakwah tetapi perlu ada caranya. Bimbingan daripada kita yang normal ini sangat diperlukan supaya mereka tidak sesat. Kita sebagai manusia yang normal bertanggungjawab dalam merlakukan kegiatan dakwah kepada golongan OKU ini kerana bimbang apabila di akhirat kelak kita akan dipersoalkan oleh Allah kelak. Selain itu, beliau menyatakan lagi, apa yang menjadi masalah sekarang ialah kebanyakan orang normal menanggap orang pekak dan OKU yang lain tidak wajib menerima didikan agama Malah tanggapan ini juga diakui oleh pakar-pakar agama. Perkara tanggapan ini harus ditangani dengan segera. Hal ini demikian kerana, OKU juga mempunyai akal seperti kita dan mampu berfikir tentang ketuhanan. Namun, terdapat golongan OKU juga, tidak wajib menerima didikan agama kerana masalah mental dan sebagainya tetapi mereka juga harus diajar supaya mereka tidak mudah terpengaruh. Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah apabila orang normal menyalah tanggapan semua OKU tidak mempunyai akal atau menghadapi masalah mental. Jadi, inilah peranan kita yang sebenarnya membimbing mereka semua kejalan yang benar. Banyak perkara yang menark diceritakan oleh saudara tersebut tentang bagaimana orang pekak belajar agama dan sebagainya. Saya tertarik saudara tersebut menyatakan perkembangan Islam dalam kalangan orang pekak sangat aktif di Pakistan, Hal ini demikian kerana, melalui pengalaman saudara tersebut menceritakan bagaimana jemaah pekak Pakistan merlakukan aktiviti dakwah. Malah sifat mereka sangat baik. Apa yang mengejutkan saya, apabila saudara tersebut menceritakan kepada saya orang pekak membaca Al-Quran bahasa Arab yang tidak mempunyai terjemahannya. Sangat menarik..! Saya bertanya bagaimana mereka membacanya sedangkan mereka tidak faham, dan tidak kenal bunyi bahasa tersebut? , saudara tersebut menyatakan orang pekak disana menjadikan amalan membuka Al-Quran merupakan amalan harian mereka pada waktu malam. Walaupun, mereka tidak memahami atau tidak tahu, tetapi mereka cuba menjadikan amalan tersebut sebagai amalan wajib bagi mereka. Kita yang normal pun susah hendak membuka Al-Quran tiap-tiap hari tetapi orang pekak mampu merlakukannya. Bertambah lagilah keinsafan dalam diri saya. Selain itu, terdapat bahasa isyarat agama yang diambil daripada Pakistan untuk diterapkan dan disesuaikan dalam bahasa isyarat Malaysia, kata saudara tersebut.
Saya juga, sempat menemubual orang pekak tabligh disana. Saya bertanya kepada mereka, bolehkah mereka mamahami tentang agama? Mereka berkata boleh dan memerlukan lagi bimbingan daripada orang normal. Malah terdapat golongan pekak yang betul-betul mahir dalam agama dan mampu memberi ceramah agama. Selain itu, mereka menyatakan golongan pekak ini kebanyakan susah untuk menyampaikan agama kerana kebanyakan mereka sibuk dan kurang berminat untuk mengetahui agama kerana itulah kebanyakan orang pekak terlibat dengan masalah sosial. Namun, golongan pekak tabligh ini mampu mendidik isteri dan anak-anak mereka tentang agama. Alhamdulillah…
Masyallah.., bertapa hebatnya Allah. Allah menjadikan orang pekak ada hikmahnya, supaya kita tidak terlepas pandang dan mengamalkan sikap bertanggungjawab serta bantu-membantu antara satu sama lain. Walaupun golongan tabligh pekak ini tidak mampu mendengar tetapi iman mereka lebih kuat daripada kita yang normal. Malu kita sebagai golongan yang normal ini mempunyai pancaindera yang sempurna tetapi masih lalai dalam mengerjakan suruhan Allah, berbanding dengan golongan OKU ini.
Sewaktu saya melangkah keluar daripada masjid itu, saya terfikir, kita sibuk dan mampu memberi bantuan kebajikan kepada OKU dalam berbentuk kewangan, harta dan semuanya berkaitan dengan dunia. Namun, kita tidak mampu dan mengalah dalam memberi didikan agama kepada OKU? Kenapa perkara ini boleh berlaku? Renung-renungkanlah..



kata meeze 1 : Sahabat pekak saya yang bukan beragama islam pernah mengatakan terdapat gereja untuk golongan pekak kristian di Puchong dan paderinya pun orang pekak…

kata meeze 2 : Selain masjid Sri Petaling, saya ada mendengar daripada orang lain bahawa Masjid negara turut mengadakan aktiviti kegiatan agama kepada golongan pekak. Sesiapa yang ingin rsepon amat digalakkan.. terima kasih..





Ini adalah sebahagian gambar jemaah tabligh pekak diseluruh Malaysia yang sempat saya ambil di Masjid Sri Petaling. hehehehe.. sebenarnya Omar cakap tidak digalakkan ambil gambar tetapi saya cuma ambil, alhamdulillah dapatlah sedikit..






Waktu ni, aktiviti ceramah kepada golongan pekak, ada juruisyarat bersama dengan penceramah tersebut. Seronok bila tengok juruisyarat itu mengisyaratkan ceramah tersebut. Juruisyarat itu, sangat bersemangat.. banyak isyarat agama yang dapat saya pelajari daripada dia.. terima kasih encik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...