Fuyooo..
lama kot tak buka blog ni.. hihihihi… al-maklumlah sibuk memanjang, tak kira
waktu dan tempat.. hihihi.. tapi itulah sebenarnya, masa-masa yang ada sangat
berharga untuk kita, jadi manfaatkanlah sebaik-baik mungkin masa yang kita ada
ini sebab Allah sendiri ada menyebut dalam Surah Al-Asr ayat 1-3 pun sendiri
menjelaskan bahawa kepentingan masa untuk kita. Apa guna hidup ini kalau kita
tidak bijak membahagi masa dan sering melakukan perkara yang sia-sia serta
tidak disukai oleh Allah SWT.
Baiklah
kali ini dalam ruangan coretan meeze, ingin saya berkongsi pengalaman saya
dalam berhadapan dengan murid-murid pintar cerdas dan berbakat ini. Baru-baru
ini saya ke Permata Pintar Negara untuk membantu dan melawat pensyarah
saya dalam menguruskan program untuk
murid-murid ini. Agak menarik bila berhadapan dengan murid-murid ini.
Maklumlah, murid-murid yang terlalu pandai dan mempunyai IQ yang sangat tinggi.
Namun, ada masa-masa saya menghadapi kesukaran apabila berhdapan dengan mereka. Kalau nak tahu kesukarannya…. Hihihihi
baca dahulu apa yang saya tulis.. J
Sebelum
itu anda tahu tak apa itu murid pintar cerdas dan berbakat? murid pintar cerdas
dan berbakat ini merupakan murid yang mempunyai potensi yang tinggi dalam
perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan murid normal. Murid
pintar cerdas dan berbakat ini seringkali dikaitkan dengan seseorang yang
mempunyai Intelletual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130
dan ke atas.
Murid
pintar cerdas dan berbakat yang dikenalpasti secara semulajadi mempunyai
kebolehan dan keupayaan luar biasa yang tinggi dalam melakukan sesuatu. Mereka
mempunyai potensi atau kemampuan yang tinggi dalam akademik, hasil usaha yang
unik, kreatif dan mengagumkan.
Ciri-ciri
pintar cerdas
Walaupun
seseorang murid itu dikenal pasti sebagai pintar cerdas, tetapi mereka tidaklah
sentiasa berjaya dalam segala yang mereka lakukan. Kecerdasan serta bakat yang
dimiliki oleh mereka adalah terhad kepada beberapa bidang khusus sahaja.
Misalnya, ada yang mahir dalam muzik, matematik, sains, bahasa dan sebagainya. Antara
ciri yang boleh kita lihat jelas dari aspek kognitif, akademik, fizikal,
tingkah laku dan komunkasi ialah:-
a)
Kongnitif
Ø Ingatan
yang kuat
Ø Tahap
pemikiran yang tinggi
Ø Berminat
kepada sesuatu yang mencabar minda
Ø Memproses
maklumat dengan cepat
b)
Akademik
Ø Berprestasi
tinggi dalam pencapaian
Ø Memahami
dan mempelajari sesuatu yang kompleks dengan mudah
Ø Berkebolehan
dalam penyelesaian masalah
Ø Bekebolehan
dalam menguasai banyak isi kandungan pelajaran
c)
Fizikal
Ø Kebolehan
fizikal dan mental yang berbeza
d)
Tingkah laku
Ø Bersifat
gigih serta berorentasikan matlamaT
Ø Pengamatan
yang luar biasa
Ø Rasa
humor yang tinggi
Ø Sentiviti
yang tinggi daripada orang biasa
e)
Komunikasi
Ø Perbendaharaan
kata yang betul digunakan semasa bertutur
Ø Penguasaan
bahasa yang tinggi
Ø Berkemampuan
berkomunikasi seperti golongan dewasa
Namun,
murid pintar cerdas dan berbakat ini turut mempunyai ciri-ciri negatif yang
perlu dijaga dan dikawal oleh ibu bapa dan guru iaitu :-
a) Boleh memahami secara intelektual
tetapi tidak mampu menangai perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi.
b)
Boleh terlibat dalam perbualan
seperti orang dewasa tetapi adakalanya mereka akan bersikap kembali seperti
kanak-kanak dan remaja lain.
c)
Menyelesaikan masalah melalui
gambaran intelek sahaja.
d)
Bersikap tidak mahu mengalah.
e)
Boleh mempegaruhi orang lain
f)
Bersikap tunjuk pandai.
g)
Takut pada kegagalan
h)
Kurang bersosial
i)
Terlalu mementingkan kesempurnaan
Hmmm..
melalui penghuraian saya ini, saya harap
anda sudah mengetahui serba sedikit mengenai murid pintar cerdas dan
berbakat ini.
Semasa
di Permata Pintar, terdapat situasi yang tidak dapat saya lupakan. Mungkin agak
kurang menarik bagi anda, tetapi bagi saya perkara ini sangat menarik dan
menyebabkan saya tertarik untuk mendekati budak-budak seperti ini:-
Situasi
1
Cikgu
Meeze : Kenapa awak semua masih sibuk memikirkan lagi? Bukankah banyak pemimpin
di Malaysia?
Murid
: Cikgu… kalau nak dihuraikan pemimpin di Malaysia ini banyak cikgu.. tetapi
bagi kami, kami mahu mencari pemimpin yang daripada luar, yang lebih baik
daripada pemimpin Malaysia supaya menjadi contoh dan teladan kepada kami semua.
CIkgu, kita kena pandang ke depan, bukan memandang di sekeliling kita.
CIkgu
Meeze : dalam hati (Wow seusia 15 tahun sudah mempunyai tahap pemikiran
sebegini.. matangnya.. malunya aku.. ) Cover diri .. Oooo.. ok.. cikgu saja nak
uji awak semua.. bagus.. bagus teruskan, nanti CIkgu tengok ya.. J
Situasi
2
Cikgu
Meeze : Hai .. Assalamualaikum.. nama saya Syar Meeze, awak semua boleh panggil
saya Cikgu Meeze.
Murid
A : Waalaiakumusalam… CIkgu kenapa nama Cikgu pelik?
Cikgu
Meeze : errrmmm.. tu bapa cikgu yang bagi nama.. hihihihi..
Murid
B : Tak ada maknalah nama tu…tapi Cikgu dalam bahasa Arab Syar bermaksud ……………
hmmm… cikgu tak kisah ke nama macam tu?
Cikgu
Meeze : Tak mengapalah, dah takdir cikgu nak buat macamnakan..
Murid
C : Kenapa ejaan nama Cikgu pelik?
Cikgu
Meeze : hmmm… “=_= ;(
(Selebihnya,
saya takkan rekod, hanya saya dan murid-murid itu yang tahu L)
Situasi
3
Cikgu
Meeze : wow, minat Dr Syeikh Muzafar, agkasawan Malaysia yang pertama.. minat
baca buku ini ke?
Murid
: ya Cikgu, dia inspirasi saya.. saya mahu menjejaki bulan suatu hari nanti..Cikgu
cita-cita kita biarlah tinggi sampai ke bulan.
Cikgu
Meeze : Awak yakin awak boleh mencapai cita-cita tersebut.
Murid
: Insyallah CIkgu kalau kita yakin dan
semangat yang tinggi pasti kita dapat, apa yang pentimg fokus pada cita-cita, malangnya
masih ramai orang yang hanya mempunyai cita-cita tetapi apabila terpengaruh dan
tersasar maka mereka berputus asa untuk mencapai cita-cita mereka. Kesihan kan
Cikgu… J
Cikgu
Meeze : Dalam hatiku (Bagusnya budak ini, bercita-cita tinggi… )
Situasi 4
Murid : saya sudah mula membaca eksklopedia seawal 5 tahun. Masa itu bapa saya yang belikan. Sejak itu saya sudah mula tertarik untuk membaca bahan-bahan ilmiah. Cikgu mula baca bila?
Cikgu
Meeze : :D hihihi..
Situasi
5
Murid
A : Kadang-kadang negara perlu adakan perubahan, kita perlu memastikan….
Bla..bla…bla..
Murid
B : tapi saya kurang setuju dengan pendapat kau… sebab dalam menjana
perkembangan negara… bla..bla… bla…
Murid
C : Ehhh.. siapa cakap… buktinya pada tahun… bla.. bla… bla… ha.. korang ada bukti
lain tak?
Murid
A : Tapi seingat aku kan… pada tahun…. Bla…bla…bla..
Murid
B : Korang perasan tak… sebenarnya… bla..bla…
Cikgu
Meeze : (sambil memerhatikan) Wow.. muda-muda lagi sudah bijak berbicara
tentang politik. Aku pun tak pandai dalam bab ni.. mereka lebih arif.. huhuhuhu..
malunya… lebih baik aku lari sebelum mereka tanya yang bukan-bukan kat aku..
hahahaha..
SItuasi 6
Cikgu
Meeze : Eh.. mana buku nota?, kan nak salin apa-apa maklumat kat dinding ni.
Murid
: Apalah cikgu ni, zaman dah moden gunalah ini… (menunjukkan iphone dia) hanya
klik dan terus dapat gambar maklumat ni. Kan senang..
Cikgu
Meeze : “-_- hihihihi.. betul juga..
Walaupun
situasi-situasi yang saya tunjukkan ini agak simple dan mungkin kurang menarik
untuk dibaca, tetapi bagi saya yang pertama kali berhadapan murid-murid pintar cerdas ini, saya rasakan
mereka mempunyai daya kematangan pemikiran yang cukup tinggi. Mereka mampu
mengeluarkan pendapat, bertanya, dan sebagainya dengan berani. Malah mereka
boleh mematahkan hujah-hujah yang diperkatakan oleh kita. Idea dan pengetahuan
mereka sungguh tinggi. Rasanya kalau hendak dibandingkan dengan saya ini, kalah
saya.
Saya
masih terfikir, bagaimanalah guru-guru
dan pensyarah-pensyarah ini menghadapi murid-murid sebegini, pastinya guru-guru
di sekolah ini akan cuba untuk memastikan diri mereka lebih berpegetahuan atau
berkemahiran dalam menguruskan murid-murid pintar cerdas ini. Bukan suatu kerja
yang mudah nak uruskan budak-budak yang terlalu pandai. Namun, walaupun
sepandai-pandai mereka atau setinggi-tinggi IQ mereka pun, secara fitrahnya
mereka juga manusia biasa, yang mempunyai hati dan perasaan, kehidupan mereka
sama seperti remaja-remaja lain, bermain dan bersuka ria serta memerlukan
perhatian dan kasih sayang. Apa yang kita lihat kebanyakan kes-kes yang berlaku
terhadap murid pintar cerdas ini kurangnya kasih sayang, kehidupan mereka hanya
didorong dengan kelebihan yang mereka ada sahaja tanpa memikirkan jiwa, hati
dan perasaan mereka. Apa-apapun, kita perlu sedar mereka masih manusia dan
tetap seperti kita semua.
Kesimpulannya….
Kali ini malaslah nak skema sangat tulis blog, rasa-rasa korang semua lebih
faham apa yang ingin saya sampaikan..
Budak-budak
pintar cerdas ini adalah budak-budak yang biasa sama macam kita, tetapi disebabkan
mereka mempunyai tahap kepintaran dan bakat mereka yang luar biasa dan berbeza
dengan orang lain menyebabkan ramai sangat mengklasifikasikan mereka macam
budak yang hebat dan unik. Ya saya akui mereka unik, tetapi kita seharusnya
sedar, seunik-unik mereka pun, mereka manusia biasa, ingin hidup sama seperti
kanak-kanak dan remaja lain. Sokongan, dorongan dan kasih sayang amatlah
diperlukan oleh mereka ini agar memastikan mereka terus menjadi insan yang
berjaya serta mampu meberikan manfaat untuk pembangunan negara ini.
sekali kita perhatikan, mereka sama seperti remaja yang lain, tak ada bezapun.. cuma mebezakan mereka dengan remaja lain adalah IQ mereka yang tinggi.
apa yang menganggumkan saya ialah cara percakapan dan hujah yang mereka sampaikan sungguh bermakna dan matang. Itulah salah satu kelebihan yang ada dalam kalangan mereka.
Tugasan yang diberi tak adalah berat manapun, hanya minta cari dan huraikan sifat-sifat pemimpin yang anda kenali, tetapi mereka ini seorang yang mementingkan kesempurnaan, mereka cuba untuk mencari pemimpin luar yang adakalanya kita pun tak kenal.
Akhir sekali, bergambar dengan pensyarah saya, yang banyak mengajar saya mengenai ilmu bimbingan dan kaunseling ini. Terima Kasih Dr. Rorlinda Yusof. Banyak lagi yang perlu saya belajar lagi untuk tingkatkan kemahiran saya dalam bidang ini. Teringin nak jadi macam Dr suatu hari nanti. Insyallah, seperti kata salah seorang murid pintar cerdas, "cita-cita biarlah tinggi"
Kata
meeze : seronoknya kalau dapat adik atau
anak yang pintar cerdas… bangga wow kalau ada adik atau anak pandai dan
berbakat macamni.. seronok sangat
bergaul dengan mereka semua ni.. mmg tercabar minda aku.. yalah budak-budak ini tidak suka membincangkan
perkara-perkara yang sia-sia, malah mereka amat menyukai kepada sesuatu perkara
yang baru dan mencabar.. hahaha..
apa-apapun saya berharap adik-adik di Permata Pintar itu akan beroleh kejayaan
dan menjadi seorang yang berkepakaran serta menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan
negara. Amin….
akhirnya, ada jugak org yg sedar bahawa kanak-kanak pintar nih pun manusia biasa.
BalasPadamada hati, ada perasaan. bukan robot, sekadar mengejar kejayaan semata-mata.
best. thumbs up. (y) -salah seorang dari mereka-