Selasa, 16 Februari 2010

OKU - MINTA SEDEKAH.. - BETUL @ TAK NI??






Dalam ruangan kali ini, saya ingin meluahkan ketidakpuasan hati saya bekaitan denagn orang OKU yang meminta sedekah. Masalah terhadap orang OKU meminta sedekah tidak menjadi asing bagi kita. Misalnya, kalau kita ke pasar malam pasti kita akan terserempak dengan orang OKU datang meminta derma. Kenapa yek? Keadaan mereka yang sangat daif, dengan serba kekurangan, menghadapi masalah fizikal dan sebagainya menyebabkan boleh menimbulkan rasa simpati dalam diri. Saya bertanya dalam diri saya, kenapa masalah OKU meminta sedekah masih wujud? Adakah mereka ini tidak diberikan bantuan sewajarnya oleh Pusat Kebajikan? Apa yang menariknya, ada juga segolongan kanak-kanak OKU yang tidak ada tangan , kaki dan sebagainya datang meminta sedekah. Adakah mereka tidak diberikan pendidikan? Kenapa boleh jadi begini, sedangkan negara kita sudah merdeka 50 tahun tetapi masalah meminta sedekah ini masih lagi berleluasa. Bukankah kerajaan telah menyediakan pelbagai pusat kebajikan dan perkhidmatan kepada golongan OKU? Sehinggakan saya sebagai orang normal berasa cemburu sedikit terhadap pertolongan kerajaan kepada golongan OKU, tetapi kenapa mereka masih lagi mengamalkan budaya meminta sedekah lagi??? Persoalan saya disini, adakah pihak-pihak yang berkaitan tidak mengambil serius terhadap peranan mereka?

Cuma bagi saya, masalah meminta sedekah di jalanan perlulah ditangani terutama golongan OKU, kerana saya bimbang jika sebenarnya, golongan yang meminta sedekah ini mempunyai agen sendiri dan mereka berpura-pura, supaya mendapat wang dengan menaruh simpati terhadap masyarakat.

Masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang kebanyakannya bersikap pemurah, tetapi awas sikap pemurah itu boleh dijadikan kesempatan kepada orang lain untuk mengambil peluang jahat mereka. Jadi saya ingin mendengar respon anda, jika anda mempunyai sebarang cadangan terhadap masalah ini, bolehlah kita kongsikan.. ok..


Kata meeze 1 : kalau pergi pasar malam ada 2 jenis orang OKU di jalanan, pertama orang cacat memegang cawan sambil meminta sedekah, yang kedua orang buta bermain muzik sehingga menghiburkan orang lain.


Kata meeze 2 : Hmmm.. kita dok sibuk cakap pasal OKU meminta sedekah tetapi ada setengah orang normal yang sihat walafiat pun minta sedekah.. apa cer??



Bagusnya mamat ni.. satu pekerjaan yang tidak diredhai.. bertaubatlah.. Allah lihat apa yang kita buat...

7 ulasan:

  1. Salam,
    Setahu saya belum pernah Nampak OKU Pekak minta sedekah. If org NORMAL menyamar OKU Pekak jual anak2 patung dengan harga cekik darah adale. Xmalu ke org Normal menyamar OKU. Depa ni laa yang buat nama baik semua OKU busyuk……….

    BalasPadam
  2. Salam. betul apa yang awk ckp.. sy sgt setuju, dan sy berharap masalah ini dapat ditanggani dengan segera, kalau kita sibuk menunding jari dan mencaari kesalahan antara satu sama lain, masalah ini tak akan selesai..tq

    BalasPadam
  3. sy sokong. marilah minta JKM membuat pemantauan di tempat yg sering didatangi pengemis. cara ini dpt membendung masalah ini. sy sendiri nampak pengemis OKU di pasar malam. sy tak menderma sesen pun sbb sy bimbang klu dia menyalahgunakan duit itu utk sesuatu yg tak berfaedah. hanya 1 cara yg sy boleh buat, iaitu melaporkan kpd JKM n biarkan JKM menjalankan tugasnya.

    BalasPadam
  4. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    BalasPadam
  5. Salam, Allah menjadikan orang miskin dengan sifat memerlukan kepada orang kaya untuk membantu mereka dan Allah menjadikan orang kaya yang memerlukan orang miskin untuk menambah pahala mereka dengan sedeqah dan zakat. Jika semua orang dah kaya, maka akan tercari2lah mereka ke mana hendak disedeqahkan wang yang ada. Kewajipan kita adalah membantu mereka yang memerlukan dan bukannya mempersoalkan siapa orang yang dibantu. Mungkin kita teringat hadith yang menceritakan tentang sedeqah seorang pada 3 malam kepada 3 orang berbeza, orang kaya, ahli ma'siat (kalau tak silap) dan pencuri. Kerana keikhlasan pensedeqah, ketiga2 mereka bertaubat. Apa yang penting .... IKHLAS

    BalasPadam

Mohon beri ulasan dengan cara yang baik, sopan dan berhikmah ya, terima kasih atas komen anda... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...