Khamis, 16 Julai 2009

PERTUTURAN KIU

Baru-baru ini saya telah ke Pusat Pertuturan Kiu di Kg. Pandan. Apabila sampai saya disana, saya teruja melihat kanak-kanak pekak boleh bertutur seperti kanak-kanak normal yang lain. Saya berfikir sejenak, rupa-rupanya orang pekak boleh bertutur jika mereka dilatih dengan betul. Kemudian, saya diajar pertuturran kiu oleh guru besar di sekolah tersebut. Lebih mengejutkan lagi saya dapat menguasai pertuturan kiu selama satu jam sahaja. Sangat mudah, manarik dan menyeronokkan apabila saya mempelajarinya. Alhamdulillah, saya tidak menyangka ada juga peluang yang diberikan oleh Allah kepada orang pekak supaya mereka boleh bertutur seperti orang normal.


Apakah pertuturan kiu?


Dalam kita menyebut, setiap perkataan yang disebut mempunyai suku kata yang tertentu. Orang pekak yang mempunyai sedikit pendengaran tidak boleh mengecam kebanyakan suku kata yang mereka boleh dengar serta tidak memahami apa yang diperkatakan oleh orang normal. Oleh itu, pertuturan kiu ialah bahasa pertuturan yang diiringi dengan kiu tangan yang ditunjukkan oleh seorang penutur supaya setiap suku kata dapat dicam dengan jelas melalui penglihatan dan pendengaran.


Sejarah pertuturan kiu.


Pertuturan kiu telah direka oleh Dr. R. Orin Cornett dari Kolej Gallaudet, Washington D.C, dan telah ditunjukkan oleh beliau pada tahun 1967. Prinsip-prinsip dalam pertuturan Kiu boleh digunakan dalam bahasa pertuturan. Sebagai contoh, Bahasa Melayu telah diaplikasikan dalam prinsip pertuturan kiu.


Bagaimanakah penggunaannya?


Setiap kiu tangan terdiri daripada suatu bentuk tangan yang diletakkan pada posisi tangan yang khas. Hanya 8 bentuk tangan dan 3 posisi tangan sahaja yang digunakan dalam Bahasa Melayu. Dalam pertuturan Kiu, setiap suku kata yang dituturkan boleh dicam dengan jelas melalui corak visual yang terdiri daripada pergerakan bibir yang dilihat ketika suku kata itu ditutur dan kiu tangannya yang diiringi secara serentak.


Selain itu, dalam kaedah bacaan bibir, kebanyakan suku kata kelihatan serupa walaupun ia bunyinya amat berbeza. Cuba kalian perhatikan diri kalian dalam cermin dan menyebut perkataan /ma/, /ba/, /pa/. Jika kalian perhatikan ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai bentuk bibir yang sama dan tidak sukar untuk mengecam setiap suku kata jika melihat dengan mulut sahaja. Namun, dalam Pertuturan Kiu bentuk-bentuk tangan memudahkan kita untuk melihat perbezaan di antara konsonan-konsonan yang kelihatan serupa dalam kaedah bacaan bibir.


Oleh itu, Kiu tangan membantu mengatasi kesulitan yang dihadapi semasa membaca bibir dengan menjadikan suku kata-suku kata yang berbunyi berbeza juga kelihatan berbeza di antara satu sama lain.


Sekarang sudah jelaskan bahawa pertuturean kiu member peluang dan cahaya kepada orang pekak untuk bertutur. Kepada guru-guru yang mengajar kanak-kanak pekak, saya harap agar anda belajar pertuturan kiu kerana pertuturan kiu banyak member manfaat yang baik kepada golongan pekak untuk menguasai sesuatu bahasa.

Gambar di atas merupakan 4 pergerakan tangan untuk vokal bagi pertuturan kiu.


Gambar di atas merupakan 8 isyarat jari bagi huruf konsonan.



2 ulasan:

  1. assalam...
    teruja dengan penggunana kaedah pertuturan kiu yg banyak memberi kebaikan kepada warganya... Terasa rugi kerana tidak mempelajari kaedah ini...namun jika diberi kesempatan dan peluang sy pasti tidak akan melepaskannya....
    Sy sayang insan terpilih ini....

    drpd: guru pend.khas mslh pndgran
    sm.teknik kerian, perak.

    BalasPadam
  2. assalamu'alaikum..
    saya nak tanya.. melalui pertuturan kiu ini, adakah pelajar yang mengalami masalah pendengaran ini dapat membaca perkataan ataupun ayat2 tanpa ada simbol tangan.. contohnya surat khabar ataupun majalah.. :)

    BalasPadam

Mohon beri ulasan dengan cara yang baik, sopan dan berhikmah ya, terima kasih atas komen anda... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...