Isnin, 14 Jun 2010

Keciannya,,, tak dapat tawaran perguruan.. Apa KPM nak?

Saya amat kesian dengan nasib yang menimpa seorang rakan saya yang beria-ria hendak menjadi seorang guru tetapi dia tidak layak untuk memasuki IPG. Saya tidak tahu, apa kriteria yang diperlukan oleh pihak kementerian untuk menjadi seorang guru. Adakah berdasarkan keputusan SPM atau imej yang pelajar tonjolkan. Jika keputusan SPM, saya lihat terdapat juga, yang keputusan SPM yang tidak baik memasuki IPG, jika imej dan perwatakan yang diingini, saya lihat kebanyakan pelajar IPG mempunyai imej yang tidak layak seperti seorang guru Jika kedua-dua keriteria yang dilihat, saya lihat tak ramai pelajar IPG mempunyai keputusan SPM yang hebat dan imej perwatakan guru yang ditonjolkan. Sehingga kini, saya terfikir sejauh mana pemilihan yang dibuat oleh pihak KPM?

Tambah menyedihkan kebanyakan golongan yang layak menjadi guru, tidak dapat memasuki IPG, tetapi golongan yang tidak layak menjadi guru diterima. Apa cerita sebenarnya ni?!. Bagi maklumat kalian, kali ini KPM tidak menyediakan pemohonan rayuan kepada KPLSPM. Kesiannya… ;-( saya rasa turut simpati dengan adik-adik yang tidak dapat ini. Cita-cita mereka musnah untuk menjadi seorang guru. Sabarlah ya, insyallah kalau Allah takdirkan kita menjadi guru, takkan ke manapun.. biar takdir menentukan segala-galanya.

Saya harap adik-adik yang dapat tawaran ke IPG ini, bersyukurlah dengan tawaran ini dan jangan sia-siakan. Ramai lagi yang layak untuk menjadi guru, tetapi mungkin anda terpilih disebabkan ketentuan Allah. Bila masuk IPG, jangan membuat masalah tetapi berusaha dan carilah ilmu perguruan sedalam mungkin. Jangan kerja sambil lewa, rajin, usaha dan tekun belajar. Ingatlah, peluang yang sangat berharga dan jadikan diri anda seorang guru yang berkualilti bukan berkuantiti.

Kepada adik-adik yang tidak dapat, jika anda minat kerjaya guru, sentiasalah berdoa kepada Allah. Insyallah Allah akan beri jalan. Bukan disini sahaja jalan untuk menjadi seorang guru. Banyak lagi jalan. Cuma cepat dan lambat sahaja. Apa-apapun teruskan belajar dan belajar. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, jangan berputus asa.



Kata meeze 1 : Buat sahabatku Chai Yun dan kawannya (Siti Aira), bersabarlah ya, jangan kecewa apa yang berlaku, teruskan usaha awak, saya, imah,dan sarah akan sentiasa mendoakan kejayaan awak dan kami berharap suatu hari awak akan menjadi seorang guru. Teruskan cita-cita awak ya.. saya akan sentiasa sokong awak..

Kata meeze 2: buat adik-adikku yang disayangi, Nita, Man, Asyraf dan Ju, sabar juga ya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, saya tahu awak semua hendak menjadi seorang guru, tetapi mungkin jangka masa yang panjang. Ada sahaja jalan, yang penting jangan berputus asa. Teruskan cita-cita. Chanyo3!!



5 ulasan:

  1. Salam Saudara Meeze,

    Apa kata saudara hubungi Metor saya Cikgu Teh Kean Hoe di Sek. Men Pendidikan Khas Cacat Pendengaran Tanjung Bunga, Pulau Pinang.

    Seorang guru OKU yang hebat dan guru paling kanan di SMPK itu. Sejarah hidupnya pernah tidak diterima masuk USM (kurang yakin dgn kemampuannya) selepas dirayu diberi peluang dia jadi best student.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Meeze!! Terharunya saya membaca cerita Meeze. Terima kasih kerana terus sokong saya.

    Satu lagi seorang selain kami, iaitu Muhammad Affan dari Pulau Pinang juga tak dapat tawaran walaupun dia memperoleh result baik.

    Betul kata anakmami. Saya pernah dengar cerita Cikgu Teh Kean Hoe. Beliau amat hebat.

    BalasPadam
  3. salam..
    macamana xy nk hubungi.. sy pun xknal die.. huhuhu.. ajaklah die kunjungi blog sy.. sy harap die dpt bertukar2 pendapat.. pe2pun terima kasih krn melawat n setia dgn blog sy..

    BalasPadam
  4. Salam,
    Boleh layari Blog Amir Hamidi ada profil Cikgu Teh dalam blog tersebut..... Selamat Mencuba.

    BalasPadam
  5. saye percaye setiap org ade kelebihan tersembunyi masing2..:)all the best.....

    BalasPadam

Mohon beri ulasan dengan cara yang baik, sopan dan berhikmah ya, terima kasih atas komen anda... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...