Nabi Muhammad SAW pernah berpesan :
“Tidak sempurna iman orang yang suka
mengecam, orang yang suka melaknat, orang yang suka bercakap kotor dan orang
yang suka mencarut”
(Riwayat Ahmad)
Kadang-kadang saya cuba merenung balik
terhadap diri saya ini, selalu berkata yang bukan-bukan, mengumpat disana-sini,
mencarut, bercakap kotor dan sebagainya. Kalau difikirkan banyaknnya dosa saya
disebabkan oleh mulut saya sendiri. Astafirullahalazim… Mana tidaknya sepanjang
umur 23 tahun ini memang saya tidak akan terlepas dengan perkara-perkara ini.
Apabila saya mengelak pasti sekali sekala akan kecundang. Jadi itulah menunjukkan
sesungguhnya saya manusia yang sebenarnya bukan sempurna.
Berbalik
dengan mengunakan bahasa yang indah dalam bertutur, seharusnya sikap ini perlu disemai dan dididik dalam diri kita.
Kadang-kadang apa yang kita pertuturkan tidak sama dengan apa yang orang
tafsirkan. Walaupun itu dianggap sebagai gurauan tetapi bagi orang lain mungkin
itu dianggap serius. Manusia tidak sama, rambut sama hitam tetapi hati
berbeza-beza. Jadi, kita perlu ada sikap memahami antara satu sama lain.
Sebagai contoh, terhadap diri saya sendirilah (tak perlu contoh orang lain) disebabkan
pengaruh keluarga saya yang berasal daripada negeri Melaka, jadi kadang-kadang
bahasa kasar terlepas juga. Jika saya menggunakan dialek ini apabila bercakap dengan orang Melaka,
mungkin mereka tidak terasa tetapi cuba saya bercakap dengan orang negeri
Kelantan, Terengganu dan sebagainya pasti mereka akan terkejut dan mungkin
terguris hati. Oleh itu, saya perlu mempunyai kemahiran dan bijak dalam
berbahasa.
Nabi
Muhammad SAW menggunakan bahasa yang menarik dan indah di dalam bertutur.
Kata-kata Rasulullah mampu menarik perhatian orang untuk mendengarnya. Ia jelas
apabila Rasulullah menggunakan bahasa Al-Quran dalam menyampaikan dakwah.
Melalui penggunaan bahasa yang indah ini ia mampu menarik oang ramai kepada
Islam. Melalui penggunaan bahasa yang
baik dan bahasa Al-Quran, Rasulullah
mampu menpengaruhi hati setiap manusia. Oleh itu, jadikanlah Rasulullah sebagai
role model kita untuk bijak dalam berbahasa. Saya setuju dengan pendapat yang
mengatakan bahawa bahasa mencerminkan diri atau bahasa mencerminkan bangsa. Hal
ini kerana, sekiranya kita menggunakan bahasa yang baik sekaligus akan
menjadikan hati kita lebih tenang kerana bertutur dengan sopan dan seterusnya
membentuk akhlak dan kepribadian yang mulia.
Apa
yang kita tuturkan merupakan suatu doa. Misalnya, apabila seorang guru
memanggil anak muridnya dengan nama yang tidak elok maka ia menjadi suatu doa
guru terhadap anak muridnya.Walaupun itu merupakan suatu gurauan semata-mata
tetapi boleh menjadi serius dan doa sekiranya selalu diperkatakan. Panggillah
sesorang itu dengan panggilan yang terbaik untuk dirinya. Seelok-eloknya
memanggil gelaran nama yang boleh memberi kebaikan kepada dirinya. Sepertimana
zaman Rasulullah memanggil nama sahabatnya dengan nama yang betul dan gelaran
yang membawa ke arah kebaikan seperti Abu Bakar Al-Siddiq kerana sifatnya yang benar. Tidak salah sekiranya kita
memanggil seseorang itu dengan panggilan nama yang terbaik atau nama yang
manja. Ada sesetengah manusia yang selalu berfikiran negatif pasti akan selalu
beranggapan panggilan itu adalah skema, poyo, geli dan sebagainya tetapi harus kita fikirkan
manusia sememangnya tidak suka terhadap perkara-perkara yang membawa ke arah kebaikan.
Gunakanlah nada bahasa yang sopan
dalam bertutur. Kebijaksanaaan kita dalam mengawal nada suara adalah sangat
penting. Janganlah selalu mengamalkan sikap menengkeng, menjerit, atau
meninggikan suara apabila bertutur. Bertuturlah dengan nada yang sopan an
berhikmah. Nada yang tinggi pun penting sebenarnya apabila ingin mewujudkan
penegasan tetapi penegasan itu haruslah secara berhikmah dan mengikut kesesuaian. Sikap suka mengutuk
seharusnya dielakkan dalam diri kita. Banyakkan memandang postif terhadap diri
seseorang. Walaupun dia ada melakukan kesalahan terhadap kita tetapi ingatlah
kebaikan yang pernah dia lakukan terhadap kita. Memberi penghargaan, selalu memberi pujian dan berilah kata-kata
perangsang kerana fitrah manusia suka dengan perkara ini. Jangan menjadi insan
yang kedekut untuk memberi penghargaan, pujiaan dan kata-kata perangsang kepada
orang lain. Ingatlah sekiranya kita memberi penghargaan, kegembiraan dan kebanggaan kepada orang lain
suatu hari nanti pasti ada orang akan memberi penghargaan, kegembiraan dan
kebanggan kepada kita.
Suatu perkara yang mesti kita ingat
tidak semestinya hanya kita bertutur sahaja yang perlu dijaga tetapi apa yang
kita tulis perlu juga diambil perhatian. Saya sering membuat kesilapan dalam
menulis, kadang-kadang apabila saya menulis saya tidak berfikir. Mengikut hati
dan perasaan semata-mata. Saya akui atas kesilapan yang saya lakukan dan ini
menjadi kesalan dan tauladan terhadap diri saya sendiri. Oleh itu, saya ingin
menasihatkan kepada diri saya dan sahabat-sahabat yang membaca blog ini
berjaga-jagalah dalam menulis sama ada dalam blog, facebook dan sebagainya.
Berfikirlah dua atau tiga kali sebelum mengeluarkan bahan penulisan kita.
Memang setiap individu mempunyai hak untuk menulis tetapi kadang-kadang
penulisan yang kita lakukan boleh menimbulkan kemarahan, kesedihan, pergaduhan,
sangkaan buruk, kesombongan dan riak dalam diri kita.
Kesimpulannya,
gunakanlah bahasa yang baik, sopan dan berhikmah dalam kehidupan kita. Memang
kita tidak boleh mengubah 100% tetapi kita perlu berusaha untuk memperbaikinya,
kerana kita bukannya sempurna. Jadikanlah perkara ini suatu amalan supaya akhir
nanti ia menjadi suatu tabiat dalam diri kita dan seterusnya menjadi kita insan
yang berperkerti mulia.
Kata meeze : bercakap yang bukan-bukan pasti akan mengundang kemudaratan, bercakap yang betul-betul pasti mengundang kebaikan.... :)
mohon bloglist blog awak ya...jgn marah..hehe
BalasPadamsalam perkenalan dari annur..:)
boleh.. silakan... salam perkenalan :)
Padamalhamdulillah... bagusnya meeze ni.. :)
BalasPadamsaya tidak sebagus manapun, ada banyak kekurangan dan kelemahan, tetapi kita sebagai manusia haruslah sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain.. :)
Padamsalam meeze,
BalasPadampendapat sy,tulisan mungkin perlu dikecilkan sedikit...agak mengganggu pembacaan...isinya sudah cantik...sekadar pendapat ya,jgn marah tau..=p
heheheh.. terima kasih.. tak marah pun.. nnt sy akn cuba kecikkn ya.. :)
PadamBetul. jgn panggil anak murid nama pelik2..nama yg memalukan. kan lebih baik panggil nama penuh. mmg kedengaran skema..tapi itulah yg terbaik. Cayalah meeze.. akak mmg forever support awak pun :-P
BalasPadam