Haikkk!!
Banyaknya cabaran yang ditempuh oleh saya pada bulan puasa ini. Dengan pelbagai
program dalam dan luar, kajian tindakan yang masih tak siap-siap lagi, melayan
kerenah adik-adik di kolej kediaman ini, dan sebagainya memang tak mengguh
tangan dibuatnya.
Bila
orang kata : Meeze awat muka kau hepy je
bulan puasa ni?, saya hanya berdiam diri sahaja, sebenarnya dalam hati Allah
sahaja tahu. Tetapi tak mengapa bagi saya itu semua adalah ujian Allah. Jadi
saya kena redha menerimanya.
Soal
keberkatan dalam hidup, kadang-kadang adakah kita sebagai manusia perlu menjadi
hamba kepada kerja. Saban hari kita diberikan dengan pelbagai tugasan dan kerja
sehinggakan kita lupa tanggungjawab kita kepada yang Maha Esa. Saya sering melihat,
manusia memandang kecemerlangan itu
daripada keputusan peperiksaan semata-mata
tetapi tentang soal kecemerlangan kita kepada Tuhan? Berapa banyakkah
usaha kita.
Ramai
manusia kini hanya memikirkan kecemerlangan di dunia sahaja, mereka melakukan
apa sahaja untuk mencapai kecemerlangan tersebut . Adakah kita sedar, apabila
kita sering memikirkan dunia, kita
semakin jauh kepada Allah. Namun, jika kita pula selalu beribadah tanpa
memikirkan dunia pun tidak elok juga.. JADI hiduplah dengan
bersederhana dan seimbang.
Teringat
kepada kata-kata Ustazah Zahiyah : sekiranya kita memberikan masa untuk agama, melakukan
kebaikan dan kebajikan kepada orang lain, Insyallah hidup akan sentiasa
diberkati dan Allah sentiasa membuka jalan dan peluang kepada kita untuk berjaya.
Semoga
bulan Ramadhan ini memberi peluang kepada kita semua untuk lebih mendekatkan
diri kita kepada Allah. Walaupun kita banyak bekerja tetapi harus ingat kerja
yang kita perolehi itu takkan berhenti hingga ke akhir hayat kita, tetapi
kitalah sebenarnya yang harus bijak menguruskannya.
Kata meeze : :-)
tkasih atas kunjungan. dunia kita mahu akhirat kita buru...
BalasPadamterima kasih juga kerana ziarah.. ;)
Padam