Baru-baru
ini saya telah terbaca suatu artikel di
akhbar Metro pada 4 September 2012 yang menyatakan tentang kelapukan penggunaan
bahasa isyarat. Terkejut dan terfikir sejenak, kenapa guru besar Pn. Roslina berani mengeluarkan kenyataan tersebut? Sedangkan
bagi saya guru besar di sekolah pertuturan kiu kampung pandan tidak bersikap
sebegitu rupa. Teringat saya dengan kata-kata beliau semasa saya belajar dengan
beliau mengenai pertuturan kiu 2 tahun lepas yang menyatakan bahawa, bukan kesemua murid
bermasalah pendengaran boleh mempelajari pertuturan kiu. Hanya murid bermasalah
pendengaran yang mempunyai baki sisa pendengaran sahaja yang boleh mempelajarinya. Perkara ini menyebabkan saya berasa terkejut dan sangsi dengan artikel tersebut. Kemudian, hati saya
terdetik untuk mengambil keputusan menelefon guru di sekolah tersebut iaitu Pn Aini,
untuk beliau menerangkan keadaan yang sebenarnya.
Semasa
saya menelefon Pn Aini, beliau mengatakan
bahawa kenyataan yang dinyatakan dalam akhbar itu adalah rekaan dan fitnah semata-mata
daripada wartawan yang menulis artikel tersebut. Sebenarnya, guru besar sekolah
tersebut TIDAK PERNAH MENYATAKAN BAHAWA BAHASA ISYARAT MERUPAKAN KAEDAH YANG
LAPUK. Perkara ini adalah rekaan semata-mata daripada wartawan tersebut untuk
menyedapkan artikel yang ditulis oleh beliau. Alangkah terkejutnya warga
sekolah tersebut kerana pada mulanya mereka hanya ingin mempromosikan kaedah pertuturan kiu
sahaja kepada orang ramai. Sekolah tersebut TIDAK MEMPUNYAI NIAT LANGSUNG UNTUK
MEMPERKECIL-KECILKAN BAHASA ISYARAT. Malah mereka juga turut MENYOKONG
PENGGUNAAN BAHASA ISYARAT. Buktinya, mereka tetap menggalakkan anak-anak murid
mereka mempelajari bahasa isyarat kerana bahasa isyarat merupakan bahasa orang
pekak.
Alangkah
sedihnya saya lihat, disebabkan sikap wartawan tersebut yang suka hati menulis artikel secara tidak professional
menyebabkan sekolah tersebut pada mulanya hanya untuk mempromosikan kaedah ini
menjadi suatu berita hangat dan tanggapan yang negatif dalam kalangan komuniti
pekak.
Oleh
itu, satu pesanan saya kepada komuniti pekak jangan cepat melenting apabila datang suatu isu baru yang mencemarkan
komuniti pekak. Siasat dan berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak. Kasihan saya
melihat masalah yang dihadapi oleh warga sekolah pertuturan kiu, disebabkan penulisan
wartawan itu pada mulanya mereka berasa bangga dengan penulisannya yang
menceritakan kejayaan sekolah tersebut. Namun, apabila muncul artikel berkenaan, kini mereka berasa bimbang kerana wartawan tersebut mereka-reka cerita yang bukan-bukan sehingga
memburuk-burukkan sekolah pertuturan kiu dan menimbulkan kemarahan kepada komuniti
pekak.
Bagi
makluman pembaca blog ini, sekolah pertuturan kiu sedang berusaha untuk
menghubungi wartawan tersebut tetapi sehingga kini dia masih tidak dapat dihubungi. Sekolah ini juga, berasa sangat risau dengan kenyataan
tersebut dan berharap semoga pihak akhbar Metro memperbaiki kesilapan yang
dilakukan supaya nama baik guru besar dan sekolah pertuturan kiu kampung pandan
dapat dibersihkan.
Kata
meeze : hmmm… media massa pada masa sekarang tak boleh nak percaya ! Suka buat-buat
cerita dan melaga-lagakan manusia. Dunia akhir zaman… J
DIHARAPKAN KOMUNITI PEKAK JANGAN CEPAT PERCAYA DAN CEPAT MELENTING.
Saman akbar METRO jika xda buat pembetulan or permohonan minta maaf dari wartawan itu.....
BalasPadamSkg dh tak percaya pada mana2 akhbar. Kita mesti menyemak kenyataan akhbar terlbh dahulu. Betul kata meeze "berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak".
BalasPadamsemoga pusat pertuturan kiu mengambil tindakan yang sewajarnya... :)
BalasPadamSaman sahaja akhbar tu. Minta sekolah buat dakwaan. Tak beretika langsung wartawan tu! :(
BalasPadammmg media cetak susah nak dipercayai! suka putar belit fakta.. dlu ade jgk berita psl ank buah kwn yg meninggal disbbkan xcident dan hentakan kuat kt kepala tp keluar kt paper kata bdk tu trcampak. kesian rsanya sbb mcm nk mengaibkan org..
BalasPadamada juga berlaku macam ni ea...selalu menokok tambah berita semata-mata untuk melariskan jualan...xtau ke mereka klu bercakap x benar tentang sesuatu itu boleh jd fitnah...
BalasPadamhuh, free2 dpt dosa kering...<<<tokok tambah cerita
hehe