Setiap insan yang lahir ke dunia
ini pasti mempunyai cita-cita yang tersendiri. Sifat manusia yang mempunyai
keinginan menyebabkan manusia mencapai cita-cita. Pelbagai cara dan usaha yang
dilakukan oleh manusia dalam mengejar cita-cita yang di idam-idamkan.
Sebenarnya, kalau kita perhatikan
sejak dari kecil lagi kita ditanam untuk mempunyai cita-cita. Ingat dahulu
Cikgu Tadika bertanya kepada saya “Meeze
bila dah besar nak jadi apa? “ Saya menjawab “saya nak jadi……… (rahsia) “ Kalau saya merenung balik dahulu, cita-cita
saya banyak sebenarnya, tetapi akhirnya jadilah saya sebegini hehehehe..
(termasuklah dalam cita-cita sayalah juga tu..) .
Cita-cita bukan hanya sekadar
kerjaya sahaja. Sebenarnya, cita-cita merupakan aspek yang cukup luas. Ada
orang bercita-cita untuk berkahwin, mempunyai anak, mempunyai sebuah rumah, dan
sebagainya. Kesemuanya akan diusahakan mungkin dengan cara yang positif ataupun
cara yang negatif.
Walaupun kita mempunyai pelbagai
cita-cita, tetapi kita perlu menanamkan diri kita untuk mempunyai cita-cita
untuk mencapai kejayaan di akhirat. Ini kerana kejayaan di akhirat itu adalah
sebenarnya kejayaan yang kekal abadi.
Janganlah menjadi Mat Jenin yang
mempunyai angan-angan atau cita-cita tetapi tidak berusaha untuk melakukannya.
Usahalah dengan bersungguh-sungguh dan usaha itu perlulah disandarkan dengan
agama supaya apa yang kita idamkan diberkati oleh Allah SWT.
Kata meeze : Orang yang hebat,
adalah orang yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Usaha dan tawakal adalah merupakan kunci
dalam mencapai kejayaan.
:)
BalasPadamInsyallah semoga berjaya dalam cita2 yang diidamkan..
BalasPadaminsyallah.. :)
Padam