Sabtu, 29 Januari 2011

"AKU ORANG BIM... AKU ORANG BMKT"

1) Eh, kenapa isyarat dia lain daripada isyarat yang aku belajar??? Eh, kenapa pula isyarat dia tak sama dengan isyarat aku?? Ooooo.. patutlah, dia orang BIM aku orang BMKT.. Mestilah lain...

2) Hmmm… susahlah belajar BMKT ini ayat panjang betul! Baik guna BIM, aku bukan orang BMKT.

3) Hey, isyarat mana awak belajar ini? Isyarat saya ini betul lah, awak punya isyarat saya tak faham langsung!!!

3 dialog inilah yang selalu saya dengari ketika selalu bersama dengan rakan pekak dan rakan normal yang belajar bahasa isyarat.

Aku orang BIM dan aku orang BMKT, ada ke gelaran sebegitu? Kenapa selalu ada perbezaan yang perlu dilakukan. Saya rasa pelik dengan keadaan sebegini rupa. Mana tidaknya panggilan sebegitu bukan diberi dari orang pekak tetapi orang normal sendiri. Hal ini menyebabkan kebanyakan orang normal tidak mengemari mempelajari BIM dan orang pekak tidak gemar mempelajari BMKT.

Sebenarnya, BIM dan BMKT perlu dikuasai oleh orang pekak dan orang normal yang mempelajari bahasa isyarat terutamanya guru pendidikan khas. Istilah-istilah tersebut tidak wajar diberikan kerana bagi saya kedua-duannya sangat penting.

Misalnya, bagi orang normal manfaat mempelajari BIM adalah apabila berkomunikasi dengan orang pekak mereka akan mengetahui perkara yang hedak disampaikan oleh orang pekak dengan lebih jelas dan cepat. Selain itu, memudahkan bagi orang normal untuk menerangkan sesuatu perkara kepada orang pekak.

Namun, bagi orang pekak mempelajari BMKT perlu dikuasai. Hal ini kerana, BMKT dapat meningkatkan pengguasaan bahasa melayu dengan baik kepada orang pekak. Selain itu, BMKT dapat memberi manfaat kepada orang pekak dalam membina ayat bahasa melayu dengan baik.

Sebagai guru pendidikan khas yang mengambil masalah pendengaran, penguasaan BIM dan BMKT sangat-sangat diperlukan. Bukan hanya mempelajari BMKT semata-mata kerana dengan alasan bahawa kita mengajar menggunakan BMKT, tetapisebenarnya perlu jika kita menguasai kedua-duanya supaya dapat memberi kesenangan kepada kita dalam mengajar.

Golongan jurubahasa isyarat juga, sebenarnya bagi saya perlu menguasai BMKT. Bukan hanya sekadar mempelajari BIM semata-mata. Hal ini kerana, melalui penguasaan BMKT dan BIM seseorang jurubahasa dapat membezakan penggunaan BIM dan BMKT dalam kalangan orang pekak dan dapat menterjemahkannya dengan lebih baik.

Kesimpulannya, tiada isilah anda adalah golongan BIM atau golongan BMKT. Kedua-duanya adalah sama penting dan memberi kesan kepada golongan pekak dan golongan normal.


Kata meeze 1 : Adakalanya tension gak belajar BMKT dan adakalanya pening juga guna BIM.


2 ulasan:

  1. TEPI SKET!!!

    huhu! Cm kte time dlu2 laa..

    BalasPadam
  2. http://chaiwind.blogspot.com/2010/09/selamat-hari-malaysia-happy-malaysia.html

    BalasPadam

Mohon beri ulasan dengan cara yang baik, sopan dan berhikmah ya, terima kasih atas komen anda... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...