Baru-baru ini saya berasa sangat tertekan dengan beban kerja yang banyak. Oleh itu, saya mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur secara sendiri. Sebenarnya ada niat lain untuk membeli peralatan seni tetapi saya ambil kesempatan untuk berjalan-jalan. Seronok sebenarnya berjalan seorang diri. Rasa diri bebas dan tidak terikat dengan sesiapa. Namun, saya tidak hanya mahu berjalan kosong dan membuang masa begitu sahaja. Jadi, saya manfaatkan aktiviti jalan dengan perkara yang berfaedah.Kali ini di fikiran saya terlintas untuk melihat golongan buta dalam mencari rezeki. Oleh itu, saya ke Jalan Tungku Abdul Rahman (TAR) untuk meninjau golongan buta di sana.
Semasa dalam perjalanan ke Jalan TAR, saya sempat memerhatikan kemudahan-kemudahan bagi OKU. Saya akui di Pudu kemudahan untuk OKU disediakan dengan baik. Misalnya laluan jalan orang buta, lampu isyarat berbunyi dan sebagainya. Di dalam hati saya tergerak kemungkinan kawasan ini menjadi tumpuan untuk golongan OKU mencari rezeki. Selepas berjalan dari Pudu ke Jalan TAR saya memerhatikan keadaan jalan untuk orang buta. Memang bagus disediakan jalan untuk mereka, tetapi saya lihat terdapat sedikit kerosakan pada jalan tersebut. Selain itu, saya pelik jalan untuk orang buta terputus-putus. Sebagai contoh, jika satu kawasan perjalan kaki ada kawasan jalan untuk orang buta, selepas melintas jalan tiba-tiba tidak ada. Keadaan ini bertambah hairan apabila satu kawasan jalan lain ada kawasan jalan untuk orang buta. Bersilang-seli pula. Adakah itu sebenarnya cara jalan kawasan orang buta. Selain itu, terdapat kerosakan pada jalan untuk orang buta. Misalnya, terdapat lubang dan rekahan pada jalan yang boleh membahayakan mereka untuk berjalan. Saya harap pihak yang bertanngungjawab dapat memperbaiki kawasan yang rosak kerana kawasan perjalan kaki untuk orang buta sangat penting.
Apabila sampai sahaja di Jalan TAR, jangkaan saya sangat tepat. Di jalan TAR terdapat ramai golongan buta mencari rezeki. Mereka mencari rezeki dengan menjual tisu, minyak atar, bermain muzik dan sebagainya. Sungguh menarik bagi saya. Walaupun bagi orang biasa, tidak mempunyai apa-apa tetapi bagi saya itu satu peluang kepada saya untuk mengenali golongan buta dengan lebih dekat. Pelbagai persoalan yang timbul dalam pemikiran saya. Sebagai contoh, bagaimanakah mereka menjual?, Adakah terdapat keuntungan berniaga kecil sekadar duduk di kaki lima?, tidak bahayakah bagi mereka berniaga sebegitu?. Persoalan-persoalan itu, menyebabkan diri saya cuba untuk menemubual golongan buta disana. Akhirnya, setelah diperhatikan dapatlah saya menemubual seorang Pak Cik yang mempunyai masalah penglihatan.
Saya memanggil nama Pak Cik ini ialah Pak Cik Zulkifli. (bukan nama sebenar). Berusia 40 tahun. Mempunyai masalah penglihatan sejak kecil lagi. Sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Isterinya seorang yang mempunyai masalah penglihatan. Ketika saya menemubual Pak Cik tersebut, banyak perkara baru yang saya ketahui. Pak Cik ini memberitahu saya bahawa dia mula bekerja menjual tisu sejak muda lagi. Bukan hanya sekadar tisu , kadang-kadang minyak atar, bag plastik dan sebagainya. Dia mula bekerja menjual tisu di kaki lima dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang bergantung pada keadaan. Rupanya, perjalanannya ke Jalan TAR dihantar oleh sepupunya atau kadang-kadang anak-anaknya. Apa yang menarik bagi saya, melalui menjual tisu dia dapat menampung perbelanjaan dan pendidikan anak-anak. Sungguh hebat. Katanya, rezeki tidak ke mana. Allah sentiasa menolongnya, ada sahaja peluang dan bantuan yang dia terima. Walaupun dia buta tetapi dia dapat membesarkan empat orang anaknya. Dua orang anaknya sudah bekerja dan berkahwin dan seorang belajar di Universiti dan seorang masih bersekolah. Saya bertanya kepada kepada Pak Cik Zulkifli “bagaimanakah cara Pak Cik menjaga anak-anak sedangkan dia dan isterinya tidak nampak?”. Dia hanya menjawab “kita sebagai ibu bapa seharusnya sentiasa mendoakan kebahagian dan keselamatan anak-anak, keyakinan sepenuhnya terhadap anak-anak penting kerana itulah yang membuktikan kasih sayang kita kepada mereka”. Walaupun dia tidak nampak tetapi pengalaman dalam hidup sangat celik di minda dan hatinya. Saya bertanya lagi kepada Pak Cik Zulkifli, “kenapa Pak Cik bekerja menjual tisu sedangkan anak-anak Pak Cik sudah bekerja?” Dia menjawab, “hanya sekadar mengisi masa lapang, kerana kadang-kadang dia menghabiskan waktu menganyam tikar” Sememangnya anak Pak Cik Zulkifli pernah menyuruh dia tidak bekerja lagi tetapi Pak Cik Zulkifli sudah biasa dengan kehidupannya dalam menjual tisu, jadi anak-anaknya terpaksa akur menerima keputusan bapanya. Apabila ditanya tentang pengalamannya dalam menjual di kaki lima, dia menjawab pengalaman yang teruk sekali apabila orang awam mengambil tisunya tanpa bayar. Saya tertanya dalam diri saya tergamak orang normal memperlakukan sebegitu kepada orang buta. Selain itu, Pak Cik Zulkifli menasihati saya supaya belajar bersungguh-sungguh, dan sentiasalah ingat kepada Allah kerana Allah yang menciptakan segala-galanya. Bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Pak Cik Zulkifli sangat gembira apabila mendengar saya bakal mengajar golongan OKU. Hal ini demikian kerana, Pak Cik Zulkifli mengatakan bahawa kesusahan guru Khas mengajar golongan OKU sangat berat seperti mana yang dialami oleh guru-gurunya dahulu. Pak Cik Zulkifli sangat menyanyangi dan mengingati jasa gurunya yang banyak berkorban dalam mendidiknya. Dia mengatakan tanpa gurunya, dia tidak mungkin dapat mengenali tulisan Brialle dan anyaman tikar.
Begitulah serba sedikit tentang temubual saya bersama dengan seorang Pak Cik yang mempunyai masalah penglihatan. Apabila saya memandang sekeliling kawasan Jalan TAR saya melihat golongan OKU sibuk mencari wang dengan menjual tisu, bermain alat muzik dan sebagainya. Namun, saya sedih dan kecewa apabila melihat orang normal terutamanya golongan muda sibuk melepak dan merayau tidak tentu hala di sekitat bandar.
Kadang-kadang saya terfikir ramai yang mempunyai harta, wang dan pangkat tetapi kebahagian mereka tidak pernah dicapai oleh mereka. Sibuk mengejar keduniaan tanpa pernah mengingat Yang Maha Pencipta. Malunya saya menjadi seorang yang sihat tubuh badan, mempunyai akal fikiran, celik pendengaran dan penglihatan tetapi lemah iman, berbanding dengan golongan yang mempunyai kecacatan anggota tetapi mempunyai keimanan yang tinggi. Walaupun Pak Cik Zulkifli dan rakan-rakannya yang buta bekerja hanya dikaki lima menjual tisu semata-mata tetapi keberkatan dalam mencari rezeki ada, hasilnya pada anak-anaknya yang berjaya dan keluarga yang bahagia.
Dalam perjalanan pulang, saya munasabah diri saya , kita sebagai manusia bila dikurniakan sesuatu nikmat tidak pernah bersyukur malah kita sentiasa hendak lebih dan lebih lagi. Sesuatu nikmat yang Allah berikan kepada kita jarang kita menggunakannya kea rah kebaikan malah kemungkaran sering kita lakukan. Hmmm… sentap betul perasaan ini.
Kata meeze 1: Dok jalan-jalan kat jalan TAR tu sibuk memandang barang-barang yang dijual disana, bukan main rambang mata saya dibuatnya.
Kata meeze 2 : Walaupun puasa dan raya belum lagi orang dah sibuk membeli-belah untuk persiapan raya, sedangkan bulan Ramadhan seharusnya kita raikan terlebih dahulu.
Kata meeze 3: Saya doakan semoga warga OKU sentiasa berjaya dan terus berjaya, dan harap tidak berputus asa dengan ujian yang dihadapi.
Kata meeze 4: Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa..
Menjual tisu merupakan salah satu mata pencarian bagi golongan buta.
Tiba-tiba satu kawasan tidak mempunyai jalan untuk golongan buta (Pelik)
Assalamualaikum,
BalasPadamTak pernah lagi tinggalkan jejak di sini. Hanya menjadi pengikut setia blog secara senyap sahaja :) Bagus entri Mizi kali ini. Walaupun 5 1/2 tahun di KL sebelum ni tak pernah akak nak temubual golongan OKU yang ada. Huhu.. Teruskan menulis :)
Meeze, memang seronok berjalan seorang diri kerana bebas rasanya. hehe
BalasPadamBaiknya Meeze kerana masih ambil berat akan OKU. Saya akan sentiasa menyokong awak di belakang. Sebagai kawan, kita harus saling bantu-membantu.
Semoga segala perbuatan baik awak akan dibalas dengan balasan baik nanti.
salam,
BalasPadamterima kasih kak aina kerna melwat blog sy yg x sbrapa ni, lama tak dgr khabar akak disna? pe2pun kak semoga akak berbahgia bersama dgn keluarga yg tercinta, n teruskanlah perjuangan akak dlm membela nasib kanak-kanak pekak n oku.. cne..
salam kak.
BalasPadamterima kasih banyak kak krn sudi melawat blog sy yg tak seberapa ni, lama xdgr khabar akak disne? smoga akak berbhgia bersama dgn keluarga tercinta dan truskan perjuangan akak dlm mendidik kanak-kanak pekak n oku.. chanyo!
salam chai yun..
BalasPadamsy xsbaik yg dijgka, sesungguhnya sy masih lemah,n xsmpurna.. pe2pun sy harapkan n sntiasa doakn kejayaan awk.. amin..
terima kasih meeze.. =)
BalasPadamCabaran mengajar murid masalah pendengaran :D Cikgu kena kreatif dan usaha kuat nak bagi murid dapat apa yang diajar :D
BalasPadam