Baiklah, sebagai permulaan dalam memulakan ruangan TEKAD ini, saya
akan memperkenalkan bentuk kelas yang ideal atau sesuai kepada murid bermasalah
pendengaran. Kelas murid bermasalah pendengaran tidak seperti kelas normal.
Kuantiti murid di dalam kelas adalah sekurang-kurangnya 6 atau 5 orang murid
tetapi kalau lebih mungkin kurang daripada 10 orang.
Keadaan persekitaran kelas murid bermasalah pendengaran perlulah dalam keadaan yang kondusif. Tidak terganggu dengan bunyi-bunyiaan atau kalis
bunyi. Perkara ini supaya murid bermasalah pendengaran yang memakai alat bantu
dengar tidak menghadapi tekanan atau terkeliru dengan bunyi yang didengar. Kelas
yang ideal perlulah dipasang karpet supaya dapat menyerap bunyi serta dinding-dinding
perlulah kalis bunyi. Penggunaan perabot perlulah menggunakan perbot kayu atau plastik.
Elakkan menggunakan perabot yang boleh menghasilkan bunyi yang kuat seperti perabot besi. Tingkap dan pintu perlulah ditutup
supaya dapat mengurangkan kemasukan bunyi. Dari sudut pencahayaan, kelas murid
bermasalah pendengaran mestilah mempunyai keadaan cahaya yang cukup tidak
terlalu terang dan tidak telalu gelap serta keadaan udara yang selesa.
Dari segi susun
atur bilik darjah bagi murid bermasalah pendengaran ialah susun atur yang
dinamakan U-shape. Susunan seumpama ini
merujuk kepada susunan tempat duduk
murid yang berbentuk menyerupai huruf U
(bentuk ladam) dan guru perlu mengajar murid sambil duduk (mengikut kesesuaian,
misalnya murid tahap satu digalakkan duduk supaya mereka tidak sakit kepala
untuk mendongak kepala melihat guru berisyarat).
Sesi pembelajaran kanak-kanak
bermasalah pendengaran terbahagi kepada dua :-
a) Sesi
komunikasi seluruh – semasa sesi pengajaran diberi secara total oleh guru tanpa
melibatkan sebarang aktiviti lain melainkan aspek murid menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap apa yang disampaikn oleh guru melalui penggunaan bahasa
isyarat.
b) Sesi sudut kerja – sebaik sahaja murid telah
habis melalui komunikasi seluruh mereka akan berpindah ke meja-meja yang
diletakkan di bahagian belakang bilik darjah bagi melakukan aktiviti penulisan
mahupun tugasan lain.
Kesimpulannya, apa yang dinyatakan oleh saya adalah kelas yang IDEAL, tetapi realitinya
tidak semua sekolah bermasalah pendengaran mempunyai kelas sebegini. Namun, apa yang saya nyatakan adalah sebagai
pengetahuan anda semua mengenai kelas yang sewajarnya perlu diberikan kepada murid bermasalah pendengaran.
Kata
meeze : Ada ke kelas bermasalah pendengaran di Malaysia macamni? Huhuhu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Mohon beri ulasan dengan cara yang baik, sopan dan berhikmah ya, terima kasih atas komen anda... :)