Alangkah
bodoh dan zalimnya manusia, dia tidak sabar menghadapi sukarnya mencari
penghidupan, akhirnya dia terjerumus dengan perbuatan yang merugikan orang
ramai, mencuri dan menipu di mana-mana.
Alangkah
bodoh dan zalimnya manusia, dia tidak sabar menghadapi krisis yang melanda,
akhirnya dia melakukan perbuatan yang membuat negara tercoreng dan terhina di
hadapan dunia antabangsa.
Alangkah
bodoh dan zalimnya manusia, dia tidak sabar menghadapi mahalnya harga makanan
akhirnya dia berhutang sana berhutang sini, tidak mahu berjimat.
Alangkah
bodoh dan zalimnya manusia, dia tidak sabar menghadapi cubaan hidup yang
menimpa, akhirnya mati bunuh diri.
Alangkah
bodoh dan zalimnya manusia, dia tidak sabar menghadapi kritikan orang hingga
marah-marah di depan orang ramai, hancur harga diri dan rosak kehormatan.
(Dipetik
dari buku Jangan berputus asa karya Hamdan Lutfi)
Kata meeze : Oleh itu bersabarlah dengan apa jua yang berlaku :-)
sabar laaa ek...
BalasPadammanusia perlu sentiasa bersabar krn sabar itu separuh dp iman.. apa2pun selamat berjaya menghabiskan Master.. Insyallah, suatu hari kejayaan pasti akan dimiliki.. sabar banyak2 ya.. :)
Padam