"Kebajikan tiada batasan”, itulah motto yang saya pegang semasa manifesto 2 tahun lepas, untuk memegang jawatan sebagai Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial (KEBSO) bagi sesi 2009 / 2011. Alhamdulilllah, kini saya telah menjadi mantan dalam biro itu. Setelah berlakunya pembubaran JPP dua minggu lepas.
Hakikatnya, saya bersyukur kerana selama 2 tahun saya memegang jawatan ini, banyak perkara yang telah saya pelajari. Misalnya, pengurusan dan pentadbiran sesuatu organisasi, menjadi ketua yang berwibawa, mengetahui masalah pelajar dalam dan luar, dan mengadakan sesuatu program.
Hati ini terharu dan sedih apabila melihat ahli jawatankuasa KEBSO, tidak lagi bersama dengan saya lagi. Mana tidaknya,selama dua tahun bersama-sama menjadi ketua mereka banyak perkara yang kami tempuh bersama. Walaupun sikap saya yang tegas, banyak cakap dan mementingkan sesuatu dengan sempurna tetapi adik-adik ini sabar dengan kerenahku ini. Yelah, mana tidaknya menjadi seorang ketua bukannya senang, silap-silap haribulan kita yang dimarah oleh pihak atasan.
Kepada adik-adik ahlijawatankuasa KEBSO, dikesempatan ini abang meeze hendak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, jika sepanjang 2 tahun abang ada buat silap dan salah dengan awak semua. Terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan oleh awak semua. Abang berbangga kerana mempunyai ahlijawatankuasa seperti awak semua yang mempunyai semangat dalam bersama-sama meningkatkan kualiti Biro kita. Syabas abang ucapkan. Pesan abang kepada adik-adik semua, walaupun kampus kita tidak secantik seperti kampus lain, tetapi ilmu yang ada dalam kampus ini sangat banyak. Terokailah dan carilah sedalam-dalamnya. Jangan hanya mengharapkan pensyarah semata-mata. Biarlah apa orang hendak kata tentang diri kita, tetapi kita tahu siapa diri kita yang sebenar, kenapa kita bersikap begini dan sebagainya kerana manusia tidak akan nampak kebaikan yang kita lakukan tetapi mereka akan sentiasa memandang kelemahan dan keburukan dalam diri kita. Itulah namanya manusia. Janganlah apabila mendengar kritikan daripada orang lain kita sudah sedih dengan diri kita dan tidak yakin dengan diri kita, sebaliknya ambillah komen dan kritikan orang lain untuk memperbaiki diri. Jika mereka mengkritik kita, ucaplah terima kasih banyak-banyak, dan mohon maaf kerana mereka prihatin terhadap diri kita walaupun adakalanya pandangan mereka terhadap kita adalah salah. Sentiasalah merendah diri, dan merlakukan peningkatan dalam diri kita. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang. Yakin dengan apa yang kita lakukan. Letakkan agama yang pertama dalam diri, niat yang kita lakukan mestilah kerana Allah Taala. Insyallah walaupun kadang-kadang kita rasakan kebaikan yang kita lakukan ini adalah rasa sia-sia, tetapi ingatlah kebaikan yang kita lakukan akan dibalas suatu hari nanti.Hanya cepat dan lambat sahaja. Mungkin kalau tidak kepada kita,mungkin kepada anak cucu kita,percayalah adik-adik kerana hidup ini seperti roda.
Saya berharap agar Biro KEBSO akan terus maju dan maju pada masa akan datang dengan tampuk pimpinan yang baru. Terima kasih saya ucapkan kepada semua terutamanya pensyarah-pensyarah yang banyak membantu, pihak luar yang berkenaan, sahabat JPP, dan AJK KEBSO. Jasamu dikenang.
Lirik lagu ini saya tujukan kepada adik-adik AJK KEBSO yang banyak membantu perjuangan saya selama ini, dan juga kepada JPP 2009 / 2011.
SEINDAH BIASA
Jalan pernah takut ku tinggalkan,Saat bintang tak mampu lagi berdendang,
Saat malam menjadi terlalu dingin,
Hingga pagi tak seindah biasanya.
Takkan mungkin kita bertahan,
Hidup dalam bersendirian,
Panas terik hujan badai,
Kita lalui bersama.
Saat hilang arah tujuan,
Kau tahu ke mana berjalan,
Meskin terang meskin gelap,
Kita lalui bersama.
Ku tak bisa merubah yang telah terjadi,
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik,
Agar kita tak pernah menjadi- jadi,
Meskin beza dermaga untuk kita berlabuh.
Pernah kita jatuh,
Mencuba berdiri,
Menahan sakit dan menangis,
Tapi erti hidup lebih dari itu,
Dan kita mencuba melawan.
Lirik / lagu : Dato' Siti Nurhaliza
Kata meeze 1 : Terima kasih ya, dan terima kasih atas jamuan perpisahan KEBSO.
Kata meeze 2 : Sekarangku mampu tersenyum dan mampu berehat.. huhuhuhu.. Alhamdulillah... thank you Allah.. :-)
kek perpisahan.. hmmm.. sayu je tengok kek ni, mengingatkan zaman perjuangan bersama adik-adik AJK.. abang sayang kamu semua!!!
BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL 2009 (Masa ini fresh lagi, tak tau pebenda kerja dalam jpp ni terutamanya bidang tugas kebso, nasib baiklah ada sokongan adik-adik yang membantu)
hmmm cedihnya.. i luv my biro!!
BalasPadamMeeze, jangan sedih ya. Syabas kerana awak berjaya melaksanakan tugas sebagai pengerusi KEBSO dengan baik. Semoga jasa awak akan dihargai dan tak dilupai oleh semua orang di IPIK. =)
BalasPadamTempat jatuh lagikan dikenang~
BalasPadamTEPI SKET!!
BalasPadamkte pn ske dduk keje n khdmt bwh abg mzee..