Sebagai seorang
guru bermasalah pendengaran salah satu kemahiran yang perlu dikuasai ialah
kemahiran ekspresi muka dan bahasa badan. Apa itu ekspresi muka?. Ekspresi muka
ataupun air muka dikatakan sebagai satu bayangan kepada jiwa manusia. Jika
ekspresi muka seseorang itu berubah, maka berubahlah emosinya. Ekspresi muka
merupakan suatu komunikasi non-verbal. Melalui ekspresi kita dapat mengetahui
perasan dan emosi seseorang.
Kepentingan
ekspresi muka dalam pembelajaran dan pengajaran.
Di dalam
pembelajaran dan pengajaran kepada murid bermasalah pendengaran, ekspreksi muka
sangat penting digunakan. Hal ini
kerana, melalui ekspresi muka sesuatu pembelajaran dan pengajaran dapat disampaikan dengan jelas walaupun tanpa
berisyarat. Bagi murid bermasalah pendengaran pembelajaran dan pengajaran yang
dilakukan oleh guru tanpa ekspresi muka
akan menyebabkan suasana di dalam kelas menjadi bosan. Selain itu, ekspresi muka melambangkan emosi
yang ingin ditonjolkan oleh guru. Misalnya, sekiranya guru berasa suka maka guru akan menunjukkan wajah suka tetapi sekiranya
guru marah maka guru akan menunjukkan
wajah yang marah.
Kepentingan
bahasa badan dalam pembelajaran dan pengajaran.
Bahasa
badan merupakan suatu bentuk ekspresi seseorang yang terpamer bukan daripada
mulut tetapi adalah suatu bentuk komunikasi bukan suara. Dengan lebih tepat
lagi, bahasa badan adalah kenyataan perilaku badan seseorang secara gesture
bagi menterjemahkan suatu makna yang tersendiri dan banyak melibatkan
pergerakan mata dan tangan. Kajian yang dilakukan oleh Albert Mehrabian mengatakan
bahawa sebanyak 60% hingga 70% kamunikasi yang terpamer adalah hasil daripada
bahasa badan. Bahasa badan amat
mempengaruhi kehidupan manusia dan merangkumi semua peringkat lapisan.
Sebagai
guru pendidikan khas bermasalah pendengaran bahasa badan boleh menjelaskan sesuatu aksi dengan
menyatakan sesuatu makna atau petunjuk kepada muridnya. Bahasa badan boleh
menterjermahkan sikap guru sewaktu
berkomunikasi samada guru itu dalam mood
yang bagus, agresif, memerlukan perhatian daripada murid, bersedia, kebosanan, memahami arahan guru dan sebagainya.
Mengapakah
murid bermasalah pendengaran bergantung
kepada ekpresi muka dan bahasa badan?
Disebabkan
masalah pendengaran yang dihadapi oleh mereka maka seorang guru pendidikan khas
bermasalah pendengaran perlu megetahui bahawa mereka bergantung kepada visual
semata-mata. Ada sesetengah guru tidak mahu menunjukkan ekspresi muka dan bahasa
badan dalam mengajar. Hanya berisyarat semata-mata. Cara sebegitu akan
menyebabkan murid bermasalah pendengaran tidak memahami perkara yang diajar
oleh guru. Hal ini kerana, bukan kesemua murid bermasalah pendengaran mengetahui
isyarat yang disampaikan oleh guru terutamanya murid tahap satu yang masih lagi
lemah dalam pembendaharaan kata. Oleh itu, peranan seorang guru bermasalah
pendengaran dalam menunjukkan ekspresi muka dan bahasa badan adalah sangat
penting supaya pembelajaran dan pengajaran yang ingin disampaikan tercapai.
Rasulullah
turut menggunakan ekspresi muka dan bahasa badan dalam pendidikan.
Sebenarnya,
di dalam Islam kaedah ini juga merupakan salah satu kaedah pendidikan yang
telah digunakan oleh Rasulullah dalam menerangkan sesuatu hal dan memberi
kefahaman terhadap sesuatu perkara yang cukup penting. Menurut Sheikh Abdul
Fattah Abu Ghubbah (2011), Rasulullah sering menggunakan isyarat melalui
anggota tubuh badan baginda sebagai sokongan atau penguat terhadap sesuatu
perkara yang baginda ingin jelaskan. Kaedah tersebut dapat dilihat dalam hadis
Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim (dengan lafaz hadis berasal dari Imam
Al-Bukhari) meriwayatkan dari Abu Musa Al Asy`ari bahawasanya Rasulullah SAW
bersabda :
“Perumpaan
orang mukmim bagi mukmim yang lain adalah laksana sauatu bangunan yang
bahagian-bahagaiannya saling mengukuhkan satu sama lain”. Kemudian, Baginda
menganyam jari-jari kedua tangannya dan mengerakkan anggota badannya sebagai
isyarat penjelasannya.
Kesimpulannya,
ekspresi muka dan bahasa badan amat penting dalam menyampaikan pembelajaran dan
pengajaran kepada murid bermasalah pendengaran. Pembelajaran dan pengajaran
akan menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan sekiranya seseorang guru tahu untuk menggunakan
anggota badannya dalam menyampaikannya kepada
murid-murid.
Kata
meeze : bila mengajar murid bermasalah pendengaran dengan betul-betul
menggunakan bahasa badan dan ekspresi muka memang agak berpeluh dan penat.
Wahhh… sakit badan dibuatnya.. Mana taknya nak bagi mereka faham..
kadang-kadang tu, nak terangkan sesuatu tu bukan main susahnya walaupun dah
buat bahasa badan dan ekspresi muka, sebab perlukan kreativiti yang sangat
tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Mohon beri ulasan dengan cara yang baik, sopan dan berhikmah ya, terima kasih atas komen anda... :)