Assalamualaikum..
Alhamdulillah,
akhirnya berjaya juga saya menghabiskan masa 6 bulan praktikum di 3 buah
sekolah yang cukup mempunyai pelbagai pengalaman. Pelbagai cabaran dan dugaan yang telah saya
tempuh sepanjang saya menjalani praktikum. Namun, kesemua itu, sedikit sebanyak
mengajar saya untuk menjadi guru yang sebenar pada masa akan datang. Walaupun,
pengalaman 6 bulan berpraktikum di 3 buah sekolah khas, tetapi ilmu tersebut
masih belum cukup dan belum mematangkan diri saya untuk menjadi guru. Banyak
perkara yang masih saya belum ketahui tentang dunia perguruan. Apa yang penting perkara yang baik di sekolah
saya ambil tetapi perkara yang buruk di sekolah saya tinggalkan jauh-jauh.
Sebenarnya,
bagi saya ada relevannya Institut Pendidikan Guru memberi latihan praktikum
selama 6 bulan kepada guru pelatih di pelbagai buah sekolah. Hal ini kerana, latihan praktikum ini dapat memberi peluang kepada guru pelatih mengenali budaya sekolah,
meningkatkan kemahiran, memantangkan diri dan sebagainya. Memang pada mulanya
saya agak mengeluh, kerana terlalu banyak kerja dan masa yang dihabiskan untuk berpraktikum, dan tidak
seperti di pengajian tinggi yang lain mereka hanya berpraktikum selama 3 bulan
sahaja berbanding di IPG selama 6 bulan. Pada mulanya, saya merasakan tidak
adil, dan agak memenatkan. Banyak perkara-perkara negatif yang bermain di minda
ini. Namun, sebenarnya paktikum inilah yang mengajar saya untuk meningkatkan
kemahiran saya dalam bidang perguruan. Tidak percaya? Setelah saya membuat analisis
terhadap diri saya ini, baru saya faham dan tahu sebenarnya banyak perubahan yang
berlaku dan banyak perkara yang saya pelajari.
Praktikum fasa 1
Tempoh
masa : sebulan
Sekolah
: SKPK Kuantan, Pahang
Nama
Mentor : Pn. Kamsiah binti Nayan
Inilah
mentor saya yang pertama, pada mulanya saya memang agak terpingga-pingga
datang ke sekolah. Saya tidak tahu apa yang perlu saya buat di sekolah.
Alhamdulillah, saya dikurniakan mentor yang cukup benar-benar membimbing saya.
Kak Kam, mentor yang terbaik. Banyak benda yang telah saya pelajari
daripadanya. Misalnya, dari segi pengajaran kepada murid pekak, cara
menguruskan fail, penulisan RPH dan sebagainya. Adakalanya, pada praktikum fasa
pertama saya agak tertekan, tetapi disebabkan dorongan, kata-kata semangat Kak
Kam membuatkan saya begitu bersemangat untuk menjalani praktikum. Mana
tidaknya, tiap-tiap pagi, Kak Kam pasti akan melihat RPH, folio, ABM dan
sebagainya. Sehingga cara berpakaian pun diambil tahu olehnya. Ingat lagi, lepas kelas, Kak Kam akan berpesan “ Meeze buat draf RPH, kak Kam nak tengok, Refleksi..
refleksi… cerita, luahkan tulis, Kak Kam akan baca, tiap-tiap minggu Kak Kam
nak tengok buku dan folio, gambar besar-besar tak mau kecik, kad perkataan
mesti ada, suara tu kuat sikit, jelas! ” Banyak kenangan indah bersama Kak Kam,
memang tidak boleh dilupakan. Bagi saya
dia tidak cerewet, tetapi dia sebenarnya mengajar saya erti kerja berdisiplin,
teratur, kemas dan hubungan yang erat
antara guru pembimbing dan guru pelatih. Sehingga kini, saya masih berhubung
dengannya, jika ada masalah pasti saya akan rujuk padanya.
Inilah
buku RPH, dan folio amalan professional saya. Buku RPH sangat berpuas hati,
tetapi folio saya agak kurang sikit, kerana masih belum tahu rentak dan gaya.
Namun, kandungannya, Alhamdulillah, semua cukup. Terima kasih kak kerana selalu mengingati dan
menyemak buku RPH dan folio saya.
Apa-apapun
Kak Kam, saya sangat menghargai Kak Kam. Tanpa Kak Kam saya rasa mungkin saya
tidak berdisiplin dalam berpraktikum. . Bagi saya pengalaman menjadi guru bertahun-tahun itulah yang
menjadikan dia tahu apa keperluan yang perlu ada pada seorang guru. Terima
kasih banyak atas ilmu Kak Kam. Sehingga kini ilmu-ilmu Kak Kam saya masih
menggunakannya. Tidak lupa, malah selalu mengamalkannya.
Apabila saat-saat terakhir
mendengar nasihat dan kata-kata semangat daripada Kak Kam sangat menyentuh hati
saya.
Praktikum
fasa 2
Tempoh
: 2 bulan
Sekolah : SKPK Seremban, Negeri Sembilan
Nama
mentor : Pn Noraini binti Othman
Inilah
mentor saya yang kedua . Ketika ini, hati saya berkorba-korba untuk datang
berpraktikum dan membetulkan kesilapan-kesilapan yang pernah saya alami dahulu
semasa berpraktikum pada fasa pertama.
Pada ketika ini saya sudah mengetahui rentak untuk berpraktikum. Oleh
itu, tidak menjadi masalah kepada guru pembimibing saya dari segi pengurusan
latihan. Perkara yang telah saya pelajari daripada mentor saya kali ini ialah
cara pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Banyak yang saya telah pelajari
daripadanya. Seperti biasa amalan yang saya amalkan di fasa satu saya bawa ke
fasa kedua. Namun, kali ini, saya belajar untuk menyediakan kertas kerja,
membuat projek dan sebagainya daripada mentor saya. Banyak perkara yang
ditunjukkan oleh beliau. Selain itu, saya belajar daripadanya cara berurusan
dengan pihak pentadbiran. Alhamdulillah, dengan bantuan mentor saya dan
sebahagian guru-guru lain projek sudut sejarah sekolah berjaya disiapkan.
Selain itu, banyak aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Kesemuanya itu,
telah dibimbing oleh Kak Ani. Teringat masa bersama dengan Kak Ani. Setiap pagi
pasti akan ke kelas tahun satu untuk berjumpa dengannya bagi memeriksa buku
PRH, ABM dan folio. Kadang-kadang bahasa
saya diperbetulkan. Setiap perkara akan dibacanya dengan teliti. Beliau juga, turut mengajar
saya bagaimana untuk memadankan hasil pembelajaran dengan objektif.
Kertas kerja pasti akan disemak olehnya terlebih dahulu. Terutamanya dari segi
bahasa dan format. Apa-apapun terima kasih banyak Kak Ani. Jasa Kak Ani memang
tidak akan saya lupakan. Tanpa kak Ani mungkin saya akan selalu lambat untuk bertindak dalam merlakukan sesuatu kerja atau tanggungjawab.
Buku
RPH dan folio mengalami perubahan terutamanya pada folio, lebih teratur, dan
agak kemas. Seronok bila tengok buku RPH dan folio yang berwarna-warni. Terima
kasih kak kerana selalu menyemaknya.
Praktikum
fasa 3
Sekolah
: SKPK Selangor, Selangor
Tempoh
: 3 bulan
Nama
mentor : En. Fekhry Nizam bin Adam Idrus
Inilah
mentor saya yang bongsu, Abang Fik. Sebenarnya, pada praktikum fasa 3 ini
sangat menyeronokkan hati saya. Hal ini disebabkan saya telah mendapat mentor
yang telah lama saya kenali sejak saya menjalankan PBS di sekolah ini. Tidak
sangka Abang Fik telah menjadi mentor saya. Agak terkejut pada mulanya, tetapi
mungkin ada hikmahnya yang perlu saya pelajari daripadanya.
Seperti
biasa, perkara yang telah saya pelajari daripada praktikum fasa satu dan fasa
dua telah saya bawa dan amalkan pada fasa ketiga. Praktikum fasa tiga ini telah
benar-benar memberi keyakinan kepada saya untuk menghadapinya dengan lebih
baik dan teratur.
Perkara
yang telah saya pelajari daripada mentor saya kali ini ialah saya telah
mempelajari nilai dalam dirinya. Sifatnya yang penyayang kepada murid,
keprihatinan, tanggungjawab, keyakinan diri dan sebagainya cukup-cukup menyentuh hati saya
sebenarnya. Banyak benda yang telah saya pelajari mengenai kehidupan sebagai
manusia dan guru daripadanya. Mungkin baginya dia tidak sedar, tetapi saya
sedar apa yang telah saya pelajari daripadanya. Sebab itu, mentor kali ini
cukup istimewa bagi saya kerana berkaitan dengan kehidupan. Dari segi RPH,
folio, dan pengurusan telah banyak saya pelajari daripada dua orang mentor saya
dan dimantapkann lagi oleh abang Fik. Namun, mentor saya kali ini telah mengajar nilai dalam diri. Banyak
kata-kata semangat dan dorongan yang telah saya dapat daripada beliau. Selain itu, sikapnya yang sentiasa mengambil berat dan suka menolong
orang perlu dicontohi oleh guru-guru lain. Sebab itu dia selalu disayangi oleh
murid-muridnya.
Buku
RPH dan folio fasa ketiga sudah semakin berubah, dari segi kekemasan, pegisian dan
penyusunannya. Namun, tidaklah sempurna manapun masih ada kekurangan yang perlu
saya perbaiki. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan buku dan folio ini.
Terima kasih abang kerana selalu menyemak RPH dan folio ini.
Teringat kenangan bersama dengan Abang FIk, disebabkan oleh didikan disiplin Kak Kam, dan penelitian menyemak Kak Ani menyebabkan saya tiap-tiap pagi akan datang untuk berjumpa dengan abang Fik menyemak buku dan folio saya (pengaruh kak Kam) dan meminta tanda tangan daripadanya setelah beliau menyemak (pengaruh Kak Kam dan Kak Ani). Kadang-kadang kesian dengan Abang Fik. Pagi-pagi mesti akan salam dengan Abang FIk sebagai tanda hormat dan terima kasih.
Bukanlah
tujuan saya menulis ini adalah untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Namun,
tujuan saya adalah untuk memberi gambaran bahawa sebenarnya banyak perkara yang
kita telah pelajari dalam kehidupan ini. Ketiga-tiga mentor saya ini cukup
bermakna bagi diri saya. Ilmu ketiga-tiga mentor saya ini telah melatih saya untuk
menjadi guru yang sebenar. Tanpa Kak Kam mungkin saya tidak tahu mengajar murid pekak, tanpa Kak Aini mungkin saya tidak tahu cara pengurusan dan pentadbiran sekolah dan tanpa Abang Fik mungkin saya tidak tahu membentuk nilai-nilai murni untuk saya menjadi seorang guru.
Dalam
kehidupan, apabila Allah menemukan kita dengan seseorang adalah untuk kita
belajar sesuatu daripadanya sama ada secara postif dan negatif. Oleh itu, manfaatkanlah daripada orang yang kita jumpa, ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan dan pelajari kepada kita terhadap dirinya. Sebagai manusia yang tidak sempurna ini memang kadang-kadang apabila postif darinya walaupun besar , kita sukar untuk menghargai, mengingat dan mambalas jasanya sebaliknya apabila sikap negatifnya walaupun sedikit, kita cepat melatah, melenting, mengutuk atau tidak berpuas hati dengannya. Sebenarnya, kita seharusnya berfikir, tujuan Allah menemukan kita dengannya. Bersyukurlah dan hargailah insan yang ditemukan oleh Allah kepada kita dan apabila kita kehilangannnya barulah kita akan terasa.
Ketiga-tiga
mentor saya ini mempunyai keunikan yang tersendiri yang
menyebabkan saya banyak mempelajari sesuatu daripada mereka semua. Oleh itu, jasa dan pengorbanan mereka akan saya kenang hingga akhir
hayat saya. Saya pun tidak akan putus hubungan
dengan mereka. Menjadi prinsip hidup saya akan mengenang jasa seseorang.
Sebab itu, saya menganggap mentor-mentor saya seperti kakak-kakak dan abang
saya sendiri. Sangat sayang pada mereka semua.
Dikesempatan
ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
mentor-mentor saya yang telah berkorban segala-galanya untuk saya. Syukur kepada Allah kerana saya diketemukan
dengan insan-insan sebegini. Saya
berharap suatu hari saya dapat menjadi guru seperti mereka dan akan
memanfaatkan ilmu-ilmu yang diperturunkan oleh mereka kepada saya.
Pesanan
buat :
Kak
Kam : Kak, disaat kata-kata dorongan dan semangat akak, dan selalu membimbing
saya menyebabkan saya lebih berani untuk ke hadapan.
Akak, insyallah jika ada kesempatan saya akan
ke Kuantan. Meeze sangat rindukan akak. Rindu dengar suara akak, tak puas
dengar di telepon. Hehehe.. nanti bila saya ke sana jangan lupa buat kek caramel
untuk saya ya.
Kak
Ani : Kak, kata-kata akak sangat menjadi pendorong kepada saya untuk lebih berjaya lagi.
Akak,
Insyallah dalam masa terdekat saya akan ke rumah akak. Tunggulah saya datang
untuk mengetuk pintu, rumah akak. Jangan lupa masak lomak cili padi..
hehehehe..(rindu aerobik bersama-sama dengan akak)
Abang
Fik : Abang hati saya sangat terharu
melihat abang, banyak berkaitan diri abang yang telah saya pelajari dan diambil pengajaran.
Tak
tahu nak kata apa, mungkin masih baru lagi kot berpisah, tapi harap abang
sentiasa jaga diri abang baik-baik ya, Insyallah Meeze akan selalu menghubungi
abang.
kata meeze 1: lepas ini insyallah saya akan menceritakan tentang pensyarah pembimbing saya dan guru-guru yang banyak memberi sumbangan kepada saya.. tunggu ya..
kata meeze 2: balik daripada praktikum terus exam 2 minggu lagi.. aduiii...
eh.. fikrai pun ade.hok aloh, dah mcm kecik sgt dah dunia ni :)
BalasPadamAbg Fikrey mmg mentor sy..mentor yg sgt bagus.. mmg kecik dunia ni, dunia tanpa sempadan.. :-)
Padam