Saya berharap dengan adanya kesedaran daripada semua pihak, insyallah hasrat untuk membantu golongan ini akan dapat ditingkatkan dengan lebih baik lagi.
Kepada sahabat-sahabat di Masjid Sri Petaling dan jemaah tabligh pekak teruskan usaha anda dalam mengembangkan dakwah islam. Semoga apa yang dilakukan oleh anda akan dirahmati dan diberkati oleh Allah.
Kepada golongan OKU, tidak kira yang pekak, buta dan sebagainya, ambillah peluang hidup anda untuk mempelajari agama. Sekadar mengetahui kewajipan pun sudah mencukupi daripada tidak tahu apa-apa. Jangan memandang rendah dan mengamalkan sikap sambil lewa terhadap ilmu agama. Sesungguhnya, anda mempunyai akal untuk berfikir jadi tunjukkan dan buktikanlah bahawa OKU boleh!. Jangan menyesal dengan hidup anda, bersyukur dengan apa yang ada. Sesungguhnya setiap perkara ada hikmahnya..
Saya berharap juga, sesiapa yang ada niat untuk mendekati golongan OKU ini, teruskan niat baik anda itu. Saya pasti niat anda itu akan menjadikan anda seorang insan yang bersyukur terhadap nikmat kurnian-Nya dan melahirkan sifat keperihatinan atau tanggungjawab anda sesama makhluk. Insyallah…
Mungkin bulan ini dan bulan hadapan saya kurang aktif dalam menulis blog kerana sibuk dengan persediaan perperiksaan yang bakal saya hadapi dan cuti sem. Lagipun rumah saya tiada wireless jadi sukarlah untuk mengemaskinikan blog ini.
Saya masih lagi belajar dan terus belajar untuk mengenali golongan istimewa ini, kerana bagi saya golongan istimewa ini mempunyai kelebihan yang kita tidak ada. Jadi, saya berharap agar ilmu dan pengalaman saya ini akan terus meningkatkan kemahiran saya sebagai guru pendidikan khas dan menginsafi diri ini yang hina.
Sekian…
Kata meeze : Insyallah lepas peperiksaan, saya akan berkongsi pengalaman tentang penyatupaduan antara orang pekak dan orang buta di tempat belajar saya.
Salam,
ReplyDeleteSaya orang pekak (OP)dari Penang. Setahu saya PDA (Penang Deaf Assc) dengan kerjasama ABIM-Outreach ada buat kelas KAFA unk OP Islam Penang dulu. Sekarang pula PDA berkerjasama dengan JAIPP buat kelas KAFA di Masjid Negeri 2 minggu sekali.